Bukan main mesra Zarina Anjoulie dengan kekasih hatinya, Datuk Sri Khazrul Elzey. Baru-baru ini Anju ada memuat naik video keluar makan bersama.
“Missing you everyday my love. So lucky to have you and of course our kids,” tulisnya di kapsyen. Apa yang menjadi perhatian adalah mereka berdua dah berpegang sana sini. Pingganglah pehalah. Disebabkan itu ada yang menyarankan agar mereka berdua terus ke pejabat kadi untuk bernikah.
“Sampai ke peha dah tu apa lagi. Corner pergi pejabat kadi terus je la,” komen netizen. Memberikan reaksi, Anju seolah-olah memberikan bayangan yang mereka dah sah berkahwin. “Mana awak tahu belum?,” jawab Anju. Namun jawapan tersebut kemudian dipadam dan digantikan dengan jawapan baru. “Saya dah on the way nak pergi pejabat kadi haritu, kereta pulak takde minyak. Terpaksa tangguh,” balas Anju. Sementara itu, kekasihnya turut memuji Anju dan mengajaknya untuk berkahwin. “A woman I have never met she is very loving and responsible and very good mannered! “Syukur Ya Robb temukan aku dengan orang yang sangat baik untuk Pova dan diri ku. Aamen syukur nikmat Allah. “Anjou will you marry me?,”tulisnya. Doakan sahajalah yang baik-baik tak gitu? -CARI
|
ADVERTISEMENT