CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Tanah Runtuh- Lebih 20 Cikgu Bersama Bayi Dan Keluarga Jadi Mangsa

16-12-2022 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2714| Komen: 14

Hulu Selangor: Lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dari ibu kota dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran Father's Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.


Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya setakat ini, beberapa guru yang berjaya diselamatkan pihak berkuasa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Foto: Harian Metro

"Selain HKL, ada guru dipindahkan ke Balai Polis Hulu Yam Bharu untuk menerima rawatan daripada petugas HKL.

"Saya bergegas dari Selayang ke balai ini untuk mendapatkan maklumat terbaru.


"Ada seorang guru wanita bersama bayinya masing-masing menangis ketika dirawat tadi, nasib baik mereka hanya cedera ringan. Saya juga ada bawa susu untuk bayi itu," katanya ketika ditemui di balai terbabit, hari ini.

Chin Ong berkata, guru terbabit bersama keluarga mereka mengambil keputusan untuk bercuti dengan mendirikan khemah di ladang terbabit, selama tiga hari sejak Rabu lalu.

"Mereka berkhemah sempena cuti persekolahan hujung tahun. Mereka patut pulang ke kediaman masing-masing pagi ini.

"Guru terbabit bercuti di ladang itu kerana berasakan kawasan itu selamat dan rata. Ada dua kem di kawasan itu, kejadian tanah runtuh teruk di kem satu," katanya.

Sementara itu, beberapa petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dilihat membawa beberapa keperluan asas seperti makanan, pakaian, lampin dan selipar untuk mangsa di balai polis berkenaan.

Petugas HKL pula sibuk merawat mangsa dengan memeriksa tekanan darah dan membalut luka mereka. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 16-12-2022 04:13 PM
Edited by Carcosa at 16-12-2022 04:15 PM

Aduhhh susah laaaa. Jgn sbb cuti hujung tahun, semuaaa rasa bende selamat. Lupa ke, Monsoon season pun hujung tahun?? Kemonlaa. Baby kottt. Ko nak salahkan pembalakan ke, pemesatan setempat yg tak terkawal ke, illegal activities ke, by the end of the day, you, AS A MOTHER, yg buat semuaaa decision. TEPUK DADA, TANYA AKAL.
AAAAAAAKKKKAAAALLL.
Quote cikatilia 16-12-2022 04:16 PM
kawasan itu selamat dan rata

tak tgk ke keliling tu apa.. aduyaiii
Quote Kitty_catz 16-12-2022 04:48 PM
maka sesi tunding menunding akan bermula

1..2..3.. go
Quote shy79 16-12-2022 04:54 PM
dua2 takdak common sense..
campsite operator pun patut tutup dulu tempat tu sbb tgh musim hujan..keliling campsite tu pun bukit tinggi2..pikir nk untung saja sbb cuti sekolah kan..
yg campers pulak takkan tak terpikir musim2 hujan mcm2 boleh jadi..tambah dgn surrrounding mcm tu..
bukan tak simpati tp tula..
Quote mehmet 16-12-2022 05:06 PM
Biasa kata SJKC yang terpaling dari SK.
Quote ladybugz 17-12-2022 07:30 AM
bad decision from campsite owner n campsite organizer. tp seriously ive never heard pasal campsite ni? mmg terkenal dikalangan chinese only ka? ada license x? ada buat slope investigation x sblm buat bisnes tapak kem kat sini? i nak sapa2 yg diberi kebenaran and owner yg bukak campsite kat sini harus bertanggungjawab sepenuhnya. mangsa semua patut saman la owner tu. supaya jd pengajara  campsite owner lain utk lebih berhati2 dlm nak buat bisnes mcm ni.
Quote monreyes 17-12-2022 07:54 AM
biz ikut2an...ilmu xde
Quote batmana 17-12-2022 07:58 AM
Entah2 owner dah lari ke Taiwan ,China cm Jo lho
Quote ninja9 17-12-2022 08:17 AM
Batang Kali landslide: Anwar shocked, orders thorough search and rescue efforts

[youtube]gQa3s1TjZxg[/youtube]

Death toll rises in landslide in Batang Kali, near Genting Highlands

[youtube]cMMMzwhGK5o[/youtube]

Batang Kali landslide: SAR ops to continue in the next 24 hours, says Selangor Fire Dept chief

[youtube]pS56tfNkoOY[/youtube]





Quote ninja9 17-12-2022 08:19 AM


Nampak mcm ok jer tempat dia... common sense memang kata selamat.... boleh kata susah nak agak





Quote ninja9 17-12-2022 08:21 AM

Quote ninja9 17-12-2022 08:21 AM

Quote ninja9 17-12-2022 08:27 AM





























Quote ninja9 17-12-2022 08:39 AM
Tragis! Mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan cerita detik cemas

[youtube]8KI4xztT_Mk[/youtube]

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.129705 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top