CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin Tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Dituduh Mencela Dan Menghina Agama Islam

16-12-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 721| Komen: 0

Seremban: Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, hari ini, memberi tempoh kepada pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus untuk melantik peguam sebelum perbicaraan ditetapkan pada 23 Februari depan.


Hakim Kamal Bashah Ahmad Tajuddin membuat keputusan itu selepas pemimpin berkenaan dihadapkan ke mahkamah bagi tuduhan di bawah Seksyen 50 (1) Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005.

Beliau yang berusia 59 tahun dituduh mencela dan menghina agama Islam.


Foto: Harian Metro

Mengikut fakta kes, Habib Shah Firdaus didakwa melakukan perbuatan atau amalan yang bercanggah dengan bentuk pengamalan tarekat tasawuf yang direkodkan dalam daftar di bawah perenggan 11(1)(h) Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005.


Pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah kendaliannya di Kampung Jawa, Labu, Negeri Sembilan sudah ditutup selama enam bulan oleh pihak berkuasa agama Negeri Sembilan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Rohaizad Redzuan.

Mahkamah menetapkan perbicaraan semula pada 23 Februari depan.

Terdahulu, tertuduh tiba pada jam 11.30 pagi diiringi bersama anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pemimpin tarekat berkenaan ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 10 malam tadi di rumah sewanya di Kampung Desa Mukmin Warisan, Gombak, Selangor.

Dia dilaporkan menghilangkan diri selama lebih empat bulan selepas pulang dari Makkah pada 17 Ogos lalu.

Dia bersama 237 pengikutnya pada 16 Mac lalu berlepas ke Madinah untuk menunaikan umrah sekali gus menetap di Makkah dan kononnya Imam Mahdi akan muncul pada Hari Arafah.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, sebelum ini dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad bersama kira-kira 300 pengikutnya sudah ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah selain menantikan kemunculan Imam Mahdi.

Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) menutup pusat pengamalan tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus yang beroperasi di Kampung Jawa, Labu.

Penutupan itu dibuat susulan jabatan berkenaan menerima aduan tarekat terbabit melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum syarak. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.030663 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top