CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Bayar Deposit RM33 Ribu, DS Vida Batal Nak Buat Pembedahan Bariatrik Sebab Takut Mati

16-12-2022 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1920| Komen: 17

Datuk Seri Vida mendedahkan pernah membayar wang pendahuluan sebanyak RM33,000 bagi melakukan pembedahan bariatrik sekitar enam tahun dahulu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, bagaimanapun berkata hasrat tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir kerana perasaan takut mati untuk meneruskan prosedur berkenaan.


Foto: IG

"Ketika itu saya terlibat sebagai penaja program Gegar Vaganza, rasa nak kurus nak cantik sampai sanggup melakukan pembedahan potong usus. Saya sudah bayar wang pendahuluan untuk prosedur tersebut.

"Syukur Allah masih sayang. Saya jadi takut di saat-saat akhir dan batalkan niat tersebut. Ada seorang doktor juga maklumkan saya tidak perlu lakukan pembedahan sebegitu.


"Sebelum ini terpengaruh dengan kawan-kawan yang melakukan pembedahan tersebut membuatkan saya mahu mencuba," katanya kepada mStar.



Vida ditemui di majlis sidang media pengumuman top 5 Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung ke Petaling Jaya pada Khamis.

Enggan mengambil jalan pintas untuk kurus, Vida memilih mengamalkan produk keluaran syarikatnya bagi menurunkan berat badan selain mengekalkan kecergasan dengan melakukan aktiviti harian.

Dalam masa sama, dia juga menyelar tindakan mana-mana pengusaha produk pelangsingan sepertinya yang menggunakan kaedah pembedahan sebagai cara untuk mengaburi mata pengguna.



"Kalau mereka yang betul-betul ada masalah kesihatan disebabkan berat badan dan mendapat nasihat doktor untuk pembedahan baritrik teruskanlah. Cuma bagi saya mungkin tidak sebab melihat betapa sukarnya rakan-rakan yang tanggung sakit selepas pembedahan. Ada mereka yang terpaksa kerap ke hospital untuk rawatan susulan.

"Saya hanya amalkan produk sendiri. Tak perlu nak bedah. Kepada rakan-rakan usahawan, janganlah ambil kesempatan tipu pengguna. Kalau mereka kurus sebab buat pembedahan itu sudah dikira aniaya pengguna," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang pencalonan dalam GMWA2022, Vida tidak menyangka video muzik (MV) lagu Ku Ikhlaskan berjaya menjadi senarai top 5 meskipun sebelum ini mendapat kritikan banyak pihak.



Calon lain tersenarai dalam kategori Video Muzik Tergempak 2022 adalah Gatal (Janna Nick), Casablanca (Naufal Azrin dan Nuha Bahrin), Bad (Dolla) dan Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow).

"Kekuatan pada MV tersebut adalah jalan cerita yang disampaikan selain ia juga menjadi viral. Saya tak sangka tercalon dalam anugerah ini.

"Ada sesetengah orang selalu pisahkan antara bidang usahawan dan dunia seni, namun dengan pencalonan ini terbuktilah saya juga seorang penyanyi," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 16-12-2022 04:35 PM
Kalau cik bi bole kurus makan produk sendiri baru bole percaya
Quote HoneyManjer 16-12-2022 04:55 PM
buat jer la...duit berkepuk...
teringin kan nak kurus...
sy dah...awak bila lagi...
gittuhhh
Quote glump 16-12-2022 04:58 PM
Awat nampak lebar kepala dia ..
Quote DeLuna85 16-12-2022 05:09 PM
Ntah2 skrg dah buat pun
Quote sofi_sofia 16-12-2022 05:16 PM
tlglah seseorang yg rapat dgn dia bg tau bibir dia terlampau hodohhhhh!!!
Quote Sunkiss8999 16-12-2022 05:23 PM
Nanti kang aishah muncul lagi memberi pendapat 20 sen dia..haha!
Quote nakkomenjugak 16-12-2022 06:39 PM
takpeeee cik bidaaaaa
gantikan dengan iol
depo dah bayarkan
rugi jeeee
Quote sleepandream 16-12-2022 06:52 PM
mesti michael ang ajak sheols potong perut dolu khenn
Quote encikWawad 16-12-2022 06:56 PM
Pentipu. Dah buat mengaku je lahh. Sebab kau tau doc tu takleh nak reveal pasal kau. Kawan baik dia buat kan si mikel so is diva kepam pah rejiah. Semoga tuhan hukum ko menipu dengan muntah darah bila part potong tu kena infeksi
Quote wirazam 16-12-2022 06:57 PM
helicornia replied at 16-12-2022 04:35 PM
Kalau cik bi bole kurus makan produk sendiri baru bole percaya

Terbaik hujah nih.....
Cik B boleh jadi testimonial yg benarin..
Btw acik vida.nih dah nampak kursus lak lately nih...katanya x potong usus
Quote nazurah 16-12-2022 10:01 PM
Dia perlu kuruskan bibir sekali. Dah macam apa iols tengok.
Quote adeqbun 16-12-2022 10:39 PM
Aik...produk kurus die maksudnye gagal total ke cemane...yg sokong tu mmg jenis rabun warna ke aoe .lgsg xsedar produk semua tara gona
Quote LembingDayanti 16-12-2022 11:31 PM
dia kurus lawo. nek esah kurus haukkk
Quote Afifi82 17-12-2022 12:11 AM
Boleh da Acik Bida suh Cik B mkn gak ubat2 yg dia mkn. If bole slim, conlanfirm sold out product dia.
Quote JalaEmas 17-12-2022 12:11 AM
Yeke blm buat...nmpk da kurus je kan..tak lebar da..ke filter
Quote JalaEmas 17-12-2022 12:12 AM
glump replied at 16-12-2022 04:58 PM
Awat nampak lebar kepala dia ..

Lupe nak filterkn kepale skli kot..ngehhh
Quote PetitionWriter 17-12-2022 12:54 AM
alhamdulillah

takut mati

gay2 pondan pedo etis forum tak takut mati ke??

esok mati nak bakar ke atau menumpang tanah wakaf perkuburan Islam ya???

kohkohkohkohkohkoh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.038202 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top