CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

16 Tahun Penduduk Hadap Bunyi Bising, Pencemaran Udara Akibat Kuari, "Satu Hari Lima Kali Bom, Rumah Habis Retak"

16-12-2022 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1223| Komen: 7

SUNGAI BULOH: Lebih 1,000 penduduk rumah teres setingkat Taman Matang Jaya di sini terpaksa berdepan pencemaran bunyi dan udara selama 16 tahun berikutan aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong.


Biarpun penduduk di sini mengakui sudah lali, namun apa yang lebih membimbangkan adalah aktiviti tersebut semakin hebat sejak lapan tahun kebelakangan ini.

Malah penduduk mendakwa, mereka bukan sahaja terkesan disebabkan kira-kira tujuh kuari yang dipercayai wujud berhampiran kawasan ini, tetapi dalam masa sama disebabkan kewujudan kilang haram yang berkaitan pembuatan batu bata dan kayu balak.

Dianggarkan lebih 300 lori muatan besar berulang-alik setiap hari di laluan masuk aktiviti tersebut yang berdekatan dengan perumahan di sini, menyaksikan pertambahan berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.


Foto: Utusan


Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Hisham, 50-an, mendakwa, aktiviti yang berlaku di kawasan berhampiran perumahan di sini sudah banyak kali disuarakan kepada pihak berkuasa terutamanya kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras.

Dakwanya, ini kerana aktiviti tersebut semakin hari semakin rancak sehingga mengganggu kehidupan penduduk di sini terutamanya berkaitan pencemaran dan jalan yang rosak teruk.

“Sebelum kami beli rumah ini, memang sudah ada aktiviti ini. Masa mula duduk dulu, aktiviti di sini tak sehebat sekarang.

“Satu hari itu kita boleh lihat dalam 300 buah lori ulang masuk, dulu lori pendek sahaja, sekarang makin panjang, sudah macam treler. Dalam itu bukan setakat buat batu (kuari), banyak kilang haram buat batu bata, kayu balak sebab itu penuh lori.

“Malah, sebelum ini Sabtu dan Ahad tak ada aktiviti pun, sekarang ini hari-hari ada, Sabtu dan Ahad pun ada bunyi bom, kadang-kadang satu hari sampai lima kali bom.

“Terbaharu hari Ahad lepas, bunyi bom sangat kuat, sampai bergegar habis rumah. Tetapi rumah di sini memang kebanyakannya sudah retak, dengan mozek banyak yang sudah tertanggal,” dakwanya ketika ditemui di sini.

Semalam, akhbar ini mendedahkan, aktiviti penerokaan Hutan Simpan Kekal Bukit Lagong (HSKBL) bagi kerja-kerja kuari menyebabkan hutan simpan di negeri ini semakin mengecil.

Lebih menyedihkan, perluasan kawasan kuari didakwa berlaku di Bukit Lagong melibatkan lapan buah syarikat yang diberikan lesen oleh kerajaan negeri.

Malah, 19 lagi syarikat didakwa bakal menyertai aktiviti kuari itu yang beroperasi sejak 20 tahun lalu menyebabkan perluasan pembersihan hutan sehingga 880 hektar.

Hal tersebut dikhuatiri menyebabkan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap satu itu terputus litupannya yang bersambung dengan hutan bahagian tengah Semenanjung atau Central Spine Forest (CSF).

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Amin, 55, pula mendakwa, penduduk di sini tidak menolak kemajuan atau apa sahaja aktiviti yang dilakukan di hutan simpan di sini.

Namun dakwanya, mereka berharap pihak yang bertanggungjawab terutamanya syarikat yang menjalankan aktiviti itu dapat menjaga kemudahan asas dan tetap bertimbang rasa terhadap penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Kita sebenarnya bukan menentang kemajuan, tetapi perkara asas kena jaga iaiatu jalan dan hutan. Lantak mereka mahu buat apa pun, tetapi fikirkan sama yang ada penduduk tinggal berdekatan.

“Jalan kawasan ini, sudah macam bendang, dengan berlopaknya, itu tak cerita lagi bab kemalangan dengan lori lagi, hadap sajalah.

“Kita tidak kisah mereka mahu buat projek lantak merekalah, tetapi awal pagi lagi lori beratur sudah macam kereta api. Itu belum cerita bab habis kerja lagi, kalau dulu kata aktiviti sampai pukul 5 petang saja, tetapi sekarang sampai pukul 9 malam pun berbunyi lagi.

“Jadi kita harap kerajaan baru ini boleh bantu, ada perubahan, memang susah cuma kita minta bertimbang rasalah,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-12-2022 09:51 AM
hijaunya air kolam


Quote CiliPadiSedap 16-12-2022 11:48 AM
[youtube]kivuDS-6HbQ[/youtube]

max volume, max bass shake your head
Quote shernazz 16-12-2022 12:03 PM
CiliPadiSedap replied at 16-12-2022 11:48 AM
max volume, max bass shake your head

My peberet dj neh..
Lagu dia in and out love pung best..
Iols dengar pianist main kat airport tu..terus iols cari lagu dia...yeehaaa...
Quote CiliPadiSedap 16-12-2022 12:10 PM
shernazz replied at 16-12-2022 12:03 PM
My peberet dj neh..
Lagu dia in and out love pung best..
Iols dengar pianist main kat airport tu.. ...

sedapkan. kaka guna edifier t5 dengan 1700bts boleh lah buat rasa rasa. saja upload lagi ni sebab daripada dengar bunyi bising letupan kuari baik kejiranan pasang lagu ni. masing2 boleh shake head 5 minit nak letup, krt kawasan boleh pasang speaker kuat2 sambil dengar boleh senam memasak berkebun



Quote CiliPadiSedap 16-12-2022 12:12 PM
shernazz replied at 16-12-2022 12:03 PM
My peberet dj neh..
Lagu dia in and out love pung best..
Iols dengar pianist main kat airport tu.. ...

[youtube]mfJhMfOPWdE[/youtube]

ni best juga. pasang kuat kuat wajibbbbbb sampai siling gegar
Quote shernazz 16-12-2022 12:17 PM
CiliPadiSedap replied at 16-12-2022 12:10 PM
sedapkan. kaka guna edifier t5 dengan 1700bts boleh lah buat rasa rasa. saja upload lagi ni  ...

Hahahahah
Skali skalq dengo boleh la...
Mmg berdentum gitchuuu..
Clubbing sendirian di rumah saja sambil2 vakum n cuci2 tingkap gitchuuu
Quote dua_chzy 16-12-2022 12:17 PM
Menda gini pun gomen takleh selesaikan.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054346 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top