CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pergi Makkah Untuk Buat Content Media Sosial, Bangga Tempah Hotel Mahal Dan Makan Mewah

16-12-2022 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9901| Komen: 100

Sejak kebelakangan ini, timbul isu dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok berhubung tindakan segelintir pihak yang menjadikan ibadah umrah sebagai kandungan media sosial.

Situasi itu menjentik rasa kurang senang segelintir pengguna yang mempersoalkan adakah keberadaan mereka di Tanah Suci berpandukan niat sebenar untuk beribadah.

Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UMK), Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar ­Ariff Mohd. Kashim ketika dihubungi menjelaskan secara terperinci tentang situasi itu.

Foto: Kosmo

Menurut beliau, meskipun ibadah melakukan umrah merupakan ibadah yang bersifat sunat, tetapi kita perlu memperbetulkan niat sewaktu pemergian ke Tanah Suci.


“Teknologi moden pada hari ini mewujudkan Kaabah ada di mana-mana. Maksudnya, kita boleh merakam gambar dan vi­deo di Tanah Suci kemudiannya berkongsi dalam media sosial.

“Hukumnya (perbuatan) harus sebab bagus dapat bagi orang yang tidak berkemampuan berpeluang melihat Kaabah dan kawasan di sana,” katanya.

Sebagai contoh, jemaah boleh merakam gambar atau video ketika di Tanah Suci atas sebab untuk memaklumkan dirinya melakukan umrah yang diwakilkan bagi seseorang yang sudah meninggal dunia.

Begitu juga jika seseorang itu menjadikan suasana ibadah umrah atau haji sebagai bahan promosi yang digunakan untuk agensi melibatkan pengurusan jemaah di Tanah Suci.

Bagaimanapun, jelas Izhar ­Ariff, hukum tersebut boleh bertukar menjadi makruh sekiranya seseorang itu ada perasaan ingin menunjuk-nunjuk.

“Cuma hukum tersebut boleh jadi makruh kalau ada perasaan nak buat umrah semata-mata untuk menunjukkan dia ada duit.

“Daripada makruh, boleh jadi hukumnya jatuh haram sekiranya melakukan ibadah umrah untuk riak dan takbur. Contoh­nya bangga ambil pakej mahal dan makanan makanan mewah sebab niat itu sudah tidak betul,” ujarnya.

Izhar ­Ariff memberitahu, tiada masalah sekiranya seseorang itu menggunakan media sosial seperti membuat siaran langsung (live) untuk membaca doa yang dikirim orang lain asalkan perkara tersebut membawa kebaikan.

Cuma harus diingatkan, tidak kira apa sekalipun, adab ketika mengerjakan umrah dan haji perlu dititikberatkan setiap masa.

“Guna kesempatan berada di Tanah Suci untuk fokus sepenuhnya dengan beribadat berbanding melakukan hal-hal duniawi seperti leka dengan telefon bimbit.

“Adab sangatlah penting dan harus dijaga sepanjang me­nunaikan umrah atau haji. Ini tidak, ada yang pergi ke sana tidak menjaga adab dalam pemakaian ­misalnya.

“Tidak kurang juga ada yang menghabiskan masa bermain telefon. Padahal kita harus manfaat masa dengan buat banyak ibadat seperti ziarah dan tawaf.

“Apabila buat sesuatu perkara yang bercanggah dengan agama atau melalaikan, itulah yang perlu kita elakkan kerana perbuatan tersebut sangatlah merugikan diri sendiri,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 16-12-2022 09:47 AM
baru2 ni aku tengok kat tt si Anas ni..ramai influencer dia bawa sekali buat umrah.

1. kalau dapat 1 juta followers, nanti si XXX akan botakkan kepala
2. kalau dapat 200k like, nanti si xxx janji takkan pakai foundation bila balik malaysia

what the heckk...apa motif sebenar korang nak ke umrah? kumpul followers? kumpul like?
Quote prince_marhaen 16-12-2022 10:07 AM
ayukpingu replied at 16-12-2022 09:47 AM
baru2 ni aku tengok kat tt si Anas ni..ramai influencer dia bawa sekali buat umrah.

1. kalau dapat  ...

kan..too much happened manakan nak video buat umrah, video 'terpaksa' naik tren jauh nak jumpa adik lah, nak main padang pasir lah, setiap movement dirakam macam selebriti ye sorg-sorg feeling ada photographer & videographer rakam..siap ada challenge bagai "kalau dapat sekian sekian followers, akan buat sekian sekian.." apooooo miskaaaa???!!

dah kat sana pun masih hadap phone & socmed 24 jam... kongsi rezeki & bekerja katanya... tapi lebih macam --- emmm...
Quote helicornia 16-12-2022 10:13 AM
Allah jemput katanya..ko ada
Quote cap_ayam 16-12-2022 10:17 AM
Edited by cap_ayam at 16-12-2022 11:34 AM

Lepas tu ada yang tunjuk naik ride turun bukit tu.. mcm ala2 genting lak.. happy je kan korang ni

Edited: Toboggan Ride, Taif.
Quote fairiza 16-12-2022 10:22 AM
Ni la paling takut. Sia sia amalan.
Quote mongoose_kidz 16-12-2022 11:18 AM
Betul la ade org kata beza bila g dgn duit yg Kita kumpul dgn duit org sponsor
Penuh tiktok video group2 diorg je.
Bila ade org komen niat nak berkongsi je...itu kita fhm tp sygnya masa kat sana guna utk creat content,rakam,edit lagi...baikla guna masa sebaik2nya.nk tunjuk video pun boleh tggu lepas balik Malaysia kot. itu belum Kira pergaulan bebas kat sana
Quote sufi^_^ 16-12-2022 11:19 AM
Pegi umrah dah jadi pegi melancong.
Quote dua_chzy 16-12-2022 11:21 AM
Tu ka kebabian generasi sekarang. Yang pi Makkah berdoa depan Kaabah nak kawin dengan member BTS tu lagi satu hal.
Quote olaklempit 16-12-2022 11:22 AM
Kadang2 terfikir juga macam mana ibubapa kita yang kerja kampung atau biasa2 dapat buat haji muda muda lagi...rezeki yang berkat sungguh hanya dengan menabung sikit2
Quote Suchi 16-12-2022 11:24 AM
ayukpingu replied at 16-12-2022 09:47 AM
baru2 ni aku tengok kat tt si Anas ni..ramai influencer dia bawa sekali buat umrah.

1. kalau dapat  ...

Menonggeng selagi boleh
Gitulaaaah
Quote SWORKS27 16-12-2022 11:28 AM
perilaku riak tanpa disadari...jauhila riyak
Quote R2D2 16-12-2022 11:39 AM
cara nak create hits dlm content ialah
creator akan minta sesiapa yg nak didoakan
sila tulis hajat dlm ruang komen di bawah
lama2 beribu2 komen masuk
agaknya ada masa ka masa kat sana creator nak baca?
melainkan dan pasti content dia dh mampu cecah puluhan ribu hits dgn kaedah/trick mcm ni
bijak
bijak
demi content
Quote sangbara2020 16-12-2022 11:48 AM
bila byk duit kheunn
Quote Siput_Sawah 16-12-2022 11:49 AM
sufi^_^ replied at 16-12-2022 11:19 AM
Pegi umrah dah jadi pegi melancong.

setuju 100%
Quote ifanonline 16-12-2022 11:50 AM
zaman tiktok ni bahaya...wanita2 ramai pecah dara secara live
Quote emera 16-12-2022 11:51 AM
Pas tu dah balik sini buat posting rindu mekah.. ngada!
Quote mamajawie 16-12-2022 11:52 AM
ada kenalan iollss tengah pergi umrah skang ni..kat status wsap berderet gamba2 n video dia gi sna sini..iollss smpai hitam hati pikior dia ni gi mekah sebab nak bragging ke?amik 1 gmba sehari cukup la..ni x sampai bertitik-titik kat status wsap tu penuh vid n gmba dia saja..mabrur ke camtu ibadah orang2 cenggini?
Quote mamajawie 16-12-2022 11:54 AM
dua_chzy replied at 16-12-2022 11:21 AM
Tu ka kebabian generasi sekarang. Yang pi Makkah berdoa depan Kaabah nak kawin dengan member BTS tu  ...

hat yg nak kawen dengan ponen BTS ni lagi la bangang gila cikgu..btw dp cikgu ni gmbar pe?idong ke apooo nihhh?
Quote Cyempaka 16-12-2022 11:58 AM
Ada jgk yg berdoa smbl nangis2 ni.. Tp sebelah tgn pegang hp merakam. Berlari2 pegi pegang kaabah sambil nangis2.. Detik paling memilukan, terharu segalalah tapi sebelah tgn angkat hp record..
Media sosial menjadikan umat akhir zaman gila

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.046629 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top