CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 109 Tahun Jadi Warga Emas Tertua Di Kedah- Pernah Sembunyikan Anak Bawah Timbunan Sabut Kelapa, Takut Jepun Ambil

16-12-2022 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1278| Komen: 4

ALOR SETAR – Nenek kepada 30 orang cucu, Mardzi Abu Bakar yang berusia 109 tahun diiktiraf sebagai warga emas paling tua di Kedah sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, OrangKelainan Upaya dan Warga Emas peringkat negeri di sini kelmarin.


Mardzi yang berasal dari Kampung Haji Kudong, Sungai Petani dekat sini menerima Anugerah Khas susulan pengiktirafan itu yang disampaikan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.

Menurut Mardzi, rasa sangat bertuah apabila dipilih menerima anugerah tersebut.


Foto: Kosmo

“Saya tidak mempunyai sebarang penyakit selain tidak ada sebarang petua khusus, namun mengamalkan pemakanan orang dulu-dulu seperti masakan rebus dan mentah seperti ulam-ulaman,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.


Menyentuh tentang pendidikan anak-anaknya, katanya, beliau dan arwah suami, Marzoki Hashim membesarkan enam anak mereka secara sederhana.

“Saya juga selalu mengingatkan mereka supaya sentiasa tahu asal usul bahawa kita orang susah dan mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.

“Alhamdulillah semua anak berjaya dalam hidup mereka dan mempunyai kerjaya masing-ma­sing walaupun saya dan arwah suami tak pergi ke sekolah,” ujarnya.

Beliau pada masa sama turut berkongsi pengalamannya yang terpaksa menyembunyikan anak perempuannya di bawah timbunan sabut kelapa ketika perkampungan mereka diserang tentera Jepun.

Katanya, penduduk kampung ketika itu sentiasa berada dalam ketakutan pada era pemerintahan Jepun pada tahun 40-an.

“Hidup zaman Jepun sentiasa menakutkan terutama bila mereka masuk kampung kami terpaksa menyembunyikan diri termasuk anak-anak. Anak pe­rempuan, Fatimah (kini berusia 69 tahun) masih kecil lagi dan terpaksa sembunyi takut tentera Jepun ambil,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 16-12-2022 09:45 AM
Terpaksa google pendudukan jepun . Apo umur 69 tahun anak sorok dari jepun. Jepun duduk msia dari 1941-1945, buka calculator 2022-69=anak dia lahir 1953. Rs jepun dulu berundur mmg berundur abis, ke komunis dia maksudkan.
Quote jas7512 16-12-2022 10:00 AM
Aah...rasanya era komunis drp tahun 1948 hingga 1960 tapi mungkin juga anak yg dimaksudkan anak yg lahir era jepun agaknya..tahun 1939 ke
Quote Zeatyisaac 31-12-2022 09:55 PM
Zaman dulu tiada catatan tahun bagi orang kampung. Yang ada ialah catatan peristiwa.
Quote che-cikL 31-12-2022 11:04 PM
Entah2 dia yg disembunyikan daripada Jepun, bukan anaknya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.177648 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top