Ryan Bakery mendedahkan dia pernah berdepan kerugian ratusan ribu ringgit selepas kerja ulasan atau review yang dilakukan tidak dibayar. Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, bagaimanapun enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan yang melakukan penipuan itu.
“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit. Rasanya hampir ratusan ribu juga saya rugi apabila video sudah siap tapi pengasas produk cabut lari. Ada juga yang buat pembayaran lambat. “Bagaimanapun saya halalkan sahaja semua itu. Malas nak panjangkan cerita,” katanya kepada mStar. Ryan ditemui di majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
|
mamajawie replied at 16-12-2022 12:34 PM
dia sejak collab dengan soeb terus jadi cringe..melekat suwey sampai skang ni..
dua_chzy replied at 16-12-2022 01:20 PM
Bakery tu ejaan terpaling untuk Bakri rupanya.
sofi_sofia replied at 16-12-2022 01:56 PM
keji gila mamat nih time nak2 dekat kawin dulu rajin gila buat live kat tt mintak sedekah nak cukupk ...
ADVERTISEMENT