CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Abah, Abah', Laungan Terakhir Anak Sebelum Mati Lemas Kereta Terjunam Dalam Sungai

16-12-2022 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3394| Komen: 45

ALOR SETAR – “Abah, abah, abah, abah, abah!”

Hanya itu mampu dilaungkan Muhammad Khairul Muhaimin, 12, apabila kereta yang dipandu bapanya, Suhaimi Hassan, 37, terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum terjunam dan terbalik ke dalam Sungai Korok di Jitra dekat sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang itu, Muhammad Khairul ditemui mati lemas akibat terperangkap di dalam kereta Proton Saga yang tenggelam di dalam sungai berkenaan.

Bagaimanapun, ibu bapa mangsa iaitu Suhaimi dan Nurul Aqmar Zainol, 35, sempat menyelamatkan diri.


Foto: Kosmo

Menurut Suhaimi, sewaktu melalui jalan lurus tersebut, secara tiba-tiba dia terasa seolah-olah keretanya tertarik ke kanan menyebabkan dia memaut stereng ke kiri.


“Selepas itu kereta bergerak ke kiri dan kanan berulang kali sebelum terbabas dan terjatuh ke dalam sungai. Saya dan isteri sempat keluar melalui tingkap sebelum kereta tenggelam sepenuhnya.

“Dalam keadaan cemas selepas membawa naik isteri yang hamil tujuh bulan ke tebing, saya terus teringatkan Muhammad Khairul. Saya berpaling dan kemudian terjun ke sungai, namun kereta tersebut hilang dari pandangan dan tenggelam ke dasar sungai.

“Selepas gagal mencari kereta yang tenggelam, tiada apa mampu saya lakukan selain meminta tolong orang ramai yang melalui jalan tersebut,” katanya.

Suhaimi yang bekerja sendiri ditemui pemberita ketika me­nunggu jenazah anaknya dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Kelmarin, tangisan pilu Suhaimi meruntun hati ramai dengan dia turut dipeluk serta ditenangkan pegawai bomba yang hadir ke lokasi kejadian sebaik mayat anaknya ditemui.

Selain Muhammad Khairul, pasangan itu juga mempunyai dua lagi anak yang berusia sembilan dan dua tahun yang tidak turut serta dalam perjalanan ketika kejadian berlaku.

Jelas Suhaimi, ketika keja­dian, mereka tiga beranak sedang dalam perjalanan dari rumah ibu mentuanya di Tanjung Kapur menuju ke Pekan Jitra untuk membeli susu anak.

Difahamkan, kesemua mereka yang tinggal di Bukit Payung, Pokok Sena bermalam di Tanjung Kapur kerana ibu Nurul Aqmar tidak sihat.

Suhaimi berkata, dia terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan Muhammad Khairul dan masih terkejut dengan kejadian itu.

“Telefon saya rosak dan saya langsung tidak berkesempatan memberitahu saudara-mara mengenai kejadian ini dengan mereka sendiri yang tiba untuk menziarah,” ujarnya.

Dia memberitahu, jenazah arwah yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Payung di Pokok Sena akan dikebumikan di Tanjung Kapur selepas selesai proses bedah siasat.

Suhaimi berkata, ketika ini dia masih rasa sakit di belakang badan akibat kejadian itu, manakala isterinya yang turut cedera ringan sedang berada di rumah mentuanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-12-2022 09:30 AM
Salam takziah. Moga rohnya dicucuri rahmat. AAmin
Sedih baca berita mcm ni pagi2
Quote noor2 16-12-2022 09:36 AM
Apasal berita hari ni semua sedih2......innalillah
Quote mamajawie 16-12-2022 09:39 AM
"Menurut Suhaimi, sewaktu melalui jalan lurus tersebut, secara tiba-tiba dia terasa seolah-olah keretanya tertarik ke kanan menyebabkan dia memaut stereng ke kiri."

tengok kereta & ayat bapak budak ni iollss rasa keta dia ni mesti penah eksiden sebelum ni sbab iollss penah bawak kete yg pnah eksiden memang gelong n terasa senget wlaupun atas jalan tegak..end up jual je kete tu kat potong body..
Quote izwan_izi 16-12-2022 09:52 AM
mamajawie replied at 16-12-2022 09:39 AM
"Menurut Suhaimi, sewaktu melalui jalan lurus tersebut, secara tiba-tiba dia terasa seolah-olah kere ...

Sebab lain..mungkin juga lalu atas lopak air yg menyebabkan hydroplanning...

Kesan yg sama...steering akan tiba2 tarik ke kanan atau kiri jika sebelah kanan/kiri tayar kene hydroplanning...
Quote awanearisu 16-12-2022 10:07 AM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Salam takziah kepada keluarga ini
Quote jlo 16-12-2022 10:09 AM
bewrita sedih je harini

Al Fatihah..
Quote airfilterkotor 16-12-2022 10:16 AM
Tak sebut pula waktu tu ujan ke tidak.
Quote jiwakacau06 16-12-2022 10:40 AM
airfilterkotor replied at 16-12-2022 10:16 AM
Tak sebut pula waktu tu ujan ke tidak.

xhjn..... xpasti jatuh dr jalan utama (tar yg cantik) atau jln seberang sungai...jln seberang sungai majority berlopak berlubang ... boleh bela ikan ..sg tu mmg ada korban xkira masa
Quote xtahumenahu 16-12-2022 10:44 AM
sedihhh aku...budak tu besar dahh
Quote Nnasda53 16-12-2022 10:44 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun..Allahuakbar sedihnya baca.
Semoga mak ayah budak ni tabah.
Quote airfilterkotor 16-12-2022 10:52 AM
jiwakacau06 replied at 16-12-2022 10:40 AM
xhjn..... xpasti jatuh dr jalan utama (tar yg cantik) atau jln seberang sungai...jln seberang sung ...

Jangan² berpunca dari kegagalan mekanikal berkaitan stereng/tayar. sebab dia kata, keta dia tetiba lari... maklom la keta pun dah lama.
Senggara keta lama ni adakala orang amik mudah.
Quote airfilterkotor 16-12-2022 10:56 AM
Keta Proton Saga lama ni kalau nampak kat atas jalan, kita pun tau kondisi dia macamana.
Janji start enjin idup, tekan pedal, jalan.
Quote dua_chzy 16-12-2022 11:13 AM
Hapo berair mata akak baca. Betul la 16 Disember ni manjang berita sedih.
Quote Amelyn22 16-12-2022 11:42 AM
Syurga untuk mu.
Quote alieyrina 16-12-2022 12:04 PM
Kalau aku boleh gila kut teringat anak panggil mcm tu. Syurga tempatmu dik.

bapak dia trauma la naik kereta lepasni
Quote shernazz 16-12-2022 12:05 PM
Swdih wei anak.mati depan mata
Tak.boleh buat.apa apa
Hurm..
Quote Carcosa 16-12-2022 12:11 PM
Adoiiii kenapa laaa aku baca article niiiii
Susah jgk nak buat pilihan Nk selamatkan bini mengandung ke, nk selamatkan anak 12 tahun
Eikhhhhh Kalau aku, aku taktau la cemana nak teruskan hari2 mendatang, mikirkan jeritan dan muka anak tu
Quote acik79 16-12-2022 03:06 PM
Semua pinjaman kan? Anak yang dah besar pun Allah boleh ambil bila2 masa… hargailah setiap masa yg kita ada masa dgn ahli keluarga kita… life is very fragile… sedihnya mesti teringat2 jeritan anak dia… semoga ko dapat menarik ibu bapa mu ke syurga dik… Al-Fatihah
Quote ifanonline 16-12-2022 03:09 PM
noor2 replied at 16-12-2022 09:36 AM
Apasal berita hari ni semua sedih2......innalillah

tuhan nak bagi peringatan dan pengajaran supaya manusia kembali bertaubat...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039147 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top