CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Mahu Terima Anugerah Michelin Star, Chef Wan Bersyukur Dikenali Sebagai Personaliti TV Chef Dunia

16-12-2022 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2517| Komen: 17

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Cef Wan baru-baru ini menerima anugerah Michelin iaitu anugerah BIB Gourmand award untuk restorannya De.Wan 1958.

Menerusi perkongsian di Instagram, Cef Wan menjawab persoalan ramai yang bertanya sekiranya dirinya tidak mahu menerima anugerah Michelin Star seperti cef popular antarabangsa, Gordon Ramsay.



“Ada yang tanya saya Cef Wan tak nak ke Michelin Star tu macam Gordon Ramsay? Saya gelak…

“Saya bukan cef bekerja terbaik seperti yang lain, menjalankan restoran mereka sendiri dan mengetuai pasukan masakan. Saya tak pernah meletakkan diri saya dalam posisi itu dari awal buka restoran.

“Saya sudah tua dan tidak mempunyai semangat serta keinginan untuk berada di dapur. Malah, saya memilih semua top chef saya, beri mereka gaji tinggi dan biarkan mereka lakukan kerja saya dengan memberi bimbingan dan latihan untuk memasak semua resepi terbaik saya.


“Awak semua tak akan pernah nampak anugerah Michelin Star dalam diri saya. Sepanjang saya hidup, saya dikenali sebagai ‘World TV Chef Star’, tak cukup ke semua tu?” katanya.



Mengulas mengenai anugerah BIB Gourmand yang diterima, difahamkan anugerah ini diberikan kepada restoran yang terkenal namun masih menyajikan makanan dengan harga berpatutan.

“Orang ramai mesti sedar De.Wan 1958 adalah sebuah restoran besar yang dikendalikan oleh ramai kakitangan yang tidak mudah untuk mengekalkan standard sangat tinggi seperti kebanyakan Michelin Star lakukan.

“Restoran kami menerima sebanyak 800 keada 1,000 tetamu pada hari minggu yang sibuk dan tidak mudah untuk mengekalkan kualiti makanan dan konsisten dalam memasak.

“Kami juga tiada minuman alkohol, perhiasan atau penetapan meja makal serta tiada kakitangan perkhidmatan profesional bergaji tinggi.

“Tak semua orang mampu untuk makan di restoran bertaraf Michelin kerana harga makanannya terlalu mahal.

“Jadi kami mempunyai semua kelebihan untuk membuat wang dengan menyesuaikan restoran kami kepada mereka yang mahu menikmati makanan berkualiti tinggi dengan perkhidmatan terbaik dan harga berpatutan.

“Jadi apa yang baru kami terima daripada Michelin iaitu anugerah BIB Gourmand ini sangat semua dengan prinsip restoran De.Wan 1958,” katanya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 16-12-2022 08:46 AM
Food kat restoran dia mmg sedap2.

Restoran rebong kat tasik perdana, dia punye ke?
Quote Siput_Sawah 16-12-2022 09:10 AM
drivethru replied at 16-12-2022 08:46 AM
Food kat restoran dia mmg sedap2.

Restoran rebong kat tasik perdana, dia punye ke?

Rest rebung tu Chef Ismail....
Quote azimodin 16-12-2022 09:14 AM
Orang cakap sedap2 makanan dia, set hi tea pon boleh tahan.  cuma belum ada masa nak pergi. Tunggu la bila hati ni rajin nak berjalan.
Quote Moyangkucing 16-12-2022 08:22 PM
Michelin star dengan Michelin guide ni bukan anugerah yg sama ya? Ingatkan sama.
Quote samshik 17-12-2022 06:32 AM
I olls sorg je ke rs kedai die overrated???
Quote buragazz 17-12-2022 06:54 AM
Aku tak pernah masuk restoren dia.. tapi ada percubaan hari tu sekali tgk ghege alahai.. terus terinsaf dan teringat aku ni marhaen... so lupa kan saja..
Quote missbigrockstar 17-12-2022 05:15 PM
samshik replied at 17-12-2022 06:32 AM
I olls sorg je ke rs kedai die overrated???

Percaya lah bukan kau sorang je rasa begini. Aku pun sama Tapi pastries dia ok lah not bad.
Quote NurAlia14 17-12-2022 06:17 PM
missbigrockstar replied at 17-12-2022 05:15 PM
Percaya lah bukan kau sorang je rasa begini. Aku pun sama  Tapi pastries dia ok lah not bad.

Ye..overated and overpriced..but i like chef wan..kgkdg penulisan dia tu adalah apa yg kita rasa tp tak mampu nk luahkan
Quote Shahman86 17-12-2022 06:24 PM
Aku lagi suka restoran kak chah dgn rubiah suparman dulu..jauh lagi sedap makan kat situ dari restoran2 lain ni.baik rebung atau chef wan ni.harapkan deco la cantik tp harga takla murah sgt dan rasa pon biasa2 aje
Quote sleepandream 17-12-2022 07:15 PM
utk foodlover suke la kot....
mcm restoran rebung tu hype je lebih... iols makan rasa bese2 jah...
Quote samshik 17-12-2022 08:15 PM
missbigrockstar replied at 17-12-2022 05:15 PM
Percaya lah bukan kau sorang je rasa begini. Aku pun sama  Tapi pastries dia ok lah not bad.

Die punya main dish i is kenot go.. Kedai tomyam kat key ell bersepah lg sedap benornyer.. Mgkin i olls pegi time tauke die xda.. So rs die mmg minta cerca nak2 bile tgk bil..
Quote asamfish 17-12-2022 08:17 PM
samshik replied at 17-12-2022 06:32 AM
I olls sorg je ke rs kedai die overrated???

Saya mmg berpendapat kedai chepone ni overrated!

Quote asamfish 17-12-2022 08:19 PM
samshik replied at 17-12-2022 08:15 PM
Die punya main dish i is kenot go.. Kedai tomyam kat key ell bersepah lg sedap benornyer.. Mgkin i ...

Terus terang yang saya boleh puji cuma cucur udang.  Yang lain2, lebih baik makan di kedai sambal hijau di sg.penchala tu, murah dan sedap!

Quote chandrahusin 17-12-2022 08:30 PM
Shahman86 replied at 17-12-2022 06:24 PM
Aku lagi suka restoran kak chah dgn rubiah suparman dulu..jauh lagi sedap makan kat situ dari restor ...

Restoran Puteri
Kat TTDI
Aku pernah masuk 2 2
Yg asal & yg dh berpindah
Dari google
Restoran milik Rubiah Suparman, Habsah Hassan ditutup selepas 37 tahun. SHAH ALAM: 12 OGOS: Selepas 37 tahun beroperasi, Restoran Puteri cawangan Brickfields milik pelakon veteran, Rubiah Suparman dan penulis lirik Datuk Habsah Hassan ditutup akibat kesan pandemik Covid-19.12 Aug 2021
Quote Acikgomen 17-12-2022 08:45 PM
Kedai cepwan plating dia mcm fine dining, harga murah la dari fine dining, seating arrangements dia pun takde org lalu lalang dkt2 sampai belaga dgn kita yg tgh duduk ni so bagi acik ok la
Makanan dia takyah la kita expect kena ngam2 dgn tekak kita yg biasa mkn kedai marhaen. Saucing utk Caesar salad dia pun guna premium ingredients

Acik teringin nak try dewakan restaurant kat naza tower. Yg tu fine diner. Tasting menu dia mcm interesting and ada non-alcoholic section

Tu laaaahhhh tunggu bangnon bagi bonus special kat federal staf bilaaaaa herrrrrrrrrrr
Quote Zeatyisaac 17-12-2022 10:01 PM
I teringin nak pergi restaurant chef Wan satu hari nanti.
Just info, restaurant rebung, pengat durian dia sangaaaaaattttttlah sedap.
Restaurant Puteri, nasi ayam dia sedap.
Quote Juniperberri 17-12-2022 11:05 PM
missbigrockstar replied at 17-12-2022 05:15 PM
Percaya lah bukan kau sorang je rasa begini. Aku pun sama  Tapi pastries dia ok lah not bad.

Dessert dia sedap. Dua kali my mum & I pergi, mak I order soto tak sedap langsung...tawar habis. Kali ke2 pergi mak I order gak soto, pun sama, tawar..kali ni kitorang komplen, blh tak staf tu kata mmg mcm ni rasa dia...adoiii aku tepuk dahi je, malas nak panjang2 cerita. Staf dia ramai middle eastern so rasa chef pun middle eastern?... maybe x tau soto tu camne rasanyer...my opinion.
Mak aku ni pun satu hal yg pergi order soto kali ke2 tu buat hape????...sendiri mau ingat...haha????

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.279230 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top