CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Forum Perdana Tetap Bersiaran, Panel Lain Ganti Ridhuan Tee

16-12-2022 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1331| Komen: 13

PUTRAJAYA – Rancangan bual bicara keagamaan popular, Forum Perdana Ehwal Islam tidak dibatalkan malah masih bersiaran seperti biasa selepas slot Berita Perdana di TV1 malam tadi.


Bagaimanapun, salah seorang anggota panel program bicarawara tersebut, Dr. Ridhuan Tee Abdullah telah pun digantikan dengan pendakwah terkenal, Harryanto Rizal Rokman.

Perkembangan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan yang tular sejak semalam kononnya rancangan tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.




Perkara itu turut disahkan pendakwah mualaf ternama, Firdaus Wong Wai Hung menerusi laman sosial rasminya yang menjelaskan mengenai program berkenaan tetap diteruskan.


“Ridhuan sendiri mengesahkan kepada saya bahawa namanya memang telah dikeluarkan daripada rancangan ini dan sudah diganti dengan ahli panel yang lain pula,” nukil beliau.

Forum itu yang ke udara pada 9 malam tadi turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.

Sebelum ini tangkap layar perbualan ringkas oleh Ridhuan melalui aplikasi Whatsapp tular diperkatakan ramai pengguna platform Facebook yang turut berasa sedih dengan situasi berkenaan.

“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar atas arahan menteri,” nukilnya dengan disertakan poster program tersebut.

Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu bagaimanapun tidak pula menjelaskan lebih lanjut manakala pihak RTM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tiada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-12-2022 09:52 AM
Pulak dah tapi mujur ada ustaz Kazim pojaan hatiku keluar bersiaran...cuolls mampoo kah?
Quote Simunggu 16-12-2022 09:55 AM
Ridhuan ini PN kah? rugi rugi...kenapa tak sokong UMNO?
Quote supernaturalee 16-12-2022 11:23 AM
x pakai baju munger2 plak uke

Quote ifanonline 16-12-2022 11:24 AM
tak setuju riduan tee di gam...
Quote kakikuDibibirmu 16-12-2022 11:25 AM
Ridhuan Kopi Abdullah tersenyum sinis
Quote Suchi 16-12-2022 11:33 AM
Simunggu replied at 16-12-2022 09:55 AM
Ridhuan ini PN kah? rugi rugi...kenapa tak sokong UMNO?

Dia join NGO nuwo muso skrg ni yg Muafakat Nasional tu
Quote Nnasda53 16-12-2022 11:45 AM
Suchi replied at 16-12-2022 11:33 AM
Dia join NGO nuwo muso skrg ni yg Muafakat Nasional tu

Alih2 Muafakat Nasional cakap sudi bekerjasama dengan kerajaan sekarang.
Agak2 Ridhuan Tee kuar tak dari Muafakat Nasional.
Quote PetitionWriter 16-12-2022 11:48 AM
Simunggu replied at 16-12-2022 09:55 AM
Ridhuan ini PN kah? rugi rugi...kenapa tak sokong UMNO?

sbb UMNO dah kerjasama dengan PH

dia ustaz biasa je

mana dia faham tentang mainan politik

sama la mcm acik2 forum dan gay2 pondan pedo etis forum

tau menyalak je hasil takde

kohkohkohkohkohkohkoh
Quote PetitionWriter 16-12-2022 11:48 AM
janji ustaz kazim tak kena banhammer

kohkohkohkohkohkoh
Quote darkness 16-12-2022 11:52 AM
Menteri komunikasi dia.sapa?
Quote Cassieopeia 16-12-2022 02:28 PM
sbb campur tgn politik ke dia xleh keluar tu? ala jgn campur aduk bleh tak bukannye dia nk berkempenpun
Quote testly 16-12-2022 02:31 PM
Ermmm..mcm2 lah menteri ni. Takut ke dgn ridhuan tee ni agaknya ye?
Quote MissYouSayang 16-12-2022 03:17 PM
X habis2 keje menyaman org, ban org itu org ini, pasni apa lagi?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036173 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top