CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Dan Rakan Dicekup Larikan Kekasih Usia 10 Tahun Di Kelantan

16-12-2022 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 376| Komen: 5

BACHOK – Dua lelaki warganegara Myanmar termasuk seorang remaja ditahan selepas dipercayai melarikan seorang kanak-kanak dari rumahnya di Kampung Pengkalan Cina di sini kelmarin.


Kedua-dua lelaki itu diberkas di stesen bas Selising, Pasir Puteh malam semalam bersama mangsa yang berusia 10 dan juga merupakan warganegara Myanmar.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, siasatan mendapati, bapa kanak-kanak itu meninggalkan mangsa bersama adiknya yang berusia lapan tahun di rumah kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin untuk pergi ke klinik.


Gambar Hiasan

Menurutnya, apabila lelaki itu pulang ke rumah pada pukul 9 malam, dia mendapati mangsa tiada di rumah dan hanya tinggal adiknya seorang diri.


“Adik mangsa memaklumkan bahawa dua lelaki Myanmar telah datang mengambil kakaknya. Bapa mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Bachok kira-kira pukul 8.58 pagi semalam dan polis membuat serbuan ke rumah suspek selain menjalankan Op Tutup di sempadan melibatkan kawasan daerah Bachok dan Pasir Puteh.

“Bagaimanapun, polis berjaya mengesan dua suspek berusia 28 dan 17 tahun bersama kanak-kanak itu kira-kira pukul 9 malam semalam di stesen bas Selising,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Ismail, pemeriksaan fizikal terhadap mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu mendapati kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Katanya, berdasarkan siasatan polis, mangsa mengaku telah mengikut suspek dengan kerelaannya selain mengaku remaja berusia 17 tahun yang bekerja sebagai buruh itu merupakan kekasihnya.

“Suspek yang berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai direman lima hari bermula hari ini manakala seorang lagi suspek ditahan selama empat hari di lokap Balai Polis Bachok,” katanya.

Tambah Mohamad Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote intan244 16-12-2022 06:39 PM
darjah4 couple ngan form5. kemain. tp myanmar tu sekolah ke.
Quote KamikuP 16-12-2022 04:31 PM
Umur 10 tahun ni dah period agaknya ikut jantan Burma tu.. apooo
Quote gideoncross 16-12-2022 02:35 PM
10 thun tu blum tahu apa2 lgi, x kira llaki mahupun prmpuan.
Quote Carcosa 16-12-2022 12:01 PM
Kau menggelijat nak jadi pembantu rumah awal ke dik?? 10 tahun, aku tgh busy main belon acah dgn kwn2 dkt sekolah, kau dah menggelenyor ikut jantan. Yg si jantan plk, kau ingat kau dah cukup macho, larikan budak bwh umur?
Quote prince_marhaen 16-12-2022 09:11 AM
baru 10 tahun dah gatal cikpek ye ikut jantan lari rumah...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059418 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top