CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pakai Bikini Rompak Kedai Dan Rumah

16-12-2022 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 855| Komen: 3

BANGKOK – Seorang pencuri wanita yang hanya memakai bikini ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah dan kedai pembekal bahan binaan di Chiang Mai, Thailand, lapor portal berita Thaiger.


Ketika kejadian, suspek berjaya melarikan wang tunai, telefon pintar jenama iPhone dan beberapa barangan lain.

Pemilik kedai itu memuat naik rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi keja­dian di laman Facebook baru-baru ini.


Foto: Thaiger

Rakaman itu menunjukkan pencuri wanita tersebut memanjat pagar setinggi tiga meter di belakang kedai dan cuba membuka pintu, namun dia berputus asa selepas gagal membukanya selama 30 minit.


Dia kemudian memanjat semula pagar dan melarikan diri, manakala kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu pada pukul 6 petang (waktu tempatan).

Pemilik kedai berkata, dia terkejut kerana wanita itu berani melakukan jenayah pada waktu petang disebabkan kawasan berhampiran yang sentiasa sesak dengan penjual dan para pengunjung.

Dalam kejadian berasingan pada hari sama, wanita tersebut turut cuba memecah masuk sebuah rumah di Chiang Mai.

Rakaman CCTV berhampiran lokasi kejadian itu merakamkan aksi suspek bersama barangan curi.

Dia memanjat bumbung, terjun ke dalam parit dan melarikan diri dengan membawa telefon, jam tangan, wang sebanyak 1,000 baht (RM126), alat pengencas dan beberapa helai pakaian dalam.

Pegawai-pegawai dari Balai Polis Chang Phueak memeriksa kamera keselamatan di sepanjang laluan iaitu tempat wanita itu melarikan diri.

Mereka kemudian melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan mengesan cap jari suspek sebelum wanita tersebut berjaya ditangkap. – CARI

Sumber:Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 16-12-2022 01:39 PM
Ni orang minyak versi catwoman
Quote sharlenetexas 16-12-2022 01:48 PM
Tulen ke?


Quote KamikuP 16-12-2022 04:45 PM
Nak uji ilmu batin Siam kot nih

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.091747 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top