TAWAU – Polis Tawau mengesahkan video tular memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya adalah kes bunuh dalam kejadian di Kampung Icebox, Tawau.
Bagaimanapun, punca kejadian belum dapat dipastikan setakat ini dan sepasukan polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. “Kita ada menerima laporan mengenai kes bunuh berkenaan petang tadi. “Polis bertugas masih berada di lokasi kejadian bagi melakukan siasatan lanjut dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Loading FB Post... Terdahulu, video berdurasi 24 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil melihat mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh. -CARI Sumber: Kosmo
|
talapia replied at 16-12-2022 10:59 AM
salah tempat lak rupanya..
utk tak off topic.. haha.. kesian la budak ni.. harap tak trauma
pilot replied at 16-12-2022 11:02 AM
salah benang ke bro..
talapia replied at 16-12-2022 11:07 AM
iye.. salah benang.. dah edit dah. haha
ADVERTISEMENT