CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nad Dalam Keadaan Stabil, Jumlah Kutipan Tabung Kecemasan Sebanyak RM270 Ribu", - Ungku Ismail Perjelas Isu Sumbangan

16-12-2022 07:21 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6143| Komen: 45




Pelakon, Ungku Ismail Aziz, 36, yang mengesahkan sedang rapat dengan Nad Zainal, 32, memberitahu keadaan Nad dalam adalah stabil.  

Dalam satu hantaran terbaru di Instagramnya, Ungku memberitahu Nad kini stabil dan dalam proses penyembuhan. 

"Ini tentang perkembangan Nad Zainal, Alhamdulillah..Nad masih dalam keadaan baik dan dalam proses improving dan "recovery".


Mengulas mengenai tabung sumbangan, jumlah kutipan kini sebanyak RM270 ribu.

"Saya sebenarnya nak mengulas tentang Tabung Kebajikan As-Siddiq, Saya minta tolong dengan dorang. Satunya, ada beberapa portal akhbar yang menggunakan poster dari tabung kebajikan As-Siddiq tapi kamu punya jumlah sumbangan itu sebenarnya jumlah sumbangan kepada tabung lain"

"Jadi saya tak nak orang keliru, jumlah yang kita dapat kumpul untuk tabung kecemasan Nad Zainal sudah sebanyak RM270 ribu"

"Daripada RM270 ribu itu memang kita sudah ada perjanjian, Nad pun tahu perkara ini.. sebanyak tiga peratus pergi kepada pertubuhan itu sebagai yuran pengurusan"

"Ada sebahagiannya sudah disalurkan kepada hospital untuk membiayai kos rawatan", katanya.

Menjawab pelbagai pertanyaan dan cadangan tentang menggunakan rawatan Islamik, Ungku memberitahu semua rawatan itu sudah dibuat.

"Ramai bertanya saya, ada tak gunakan kaedah rawatan Islamik? Ada..dari hari kedua memang dah buat. Saya tak boleh nak cerita sangat"

"Ada yang minta pusat tahfiz doakan kesembuhan Nad,.ada.. Ada juga yang minta bagi minum air zam-zam, ada.. Ada juga. Itu semua ikhtiar"

Dan antara ikhtiar yang saya rasa paling mujarab sekali ialah, benda ni sabit daripada Hadis, dari sumbangan itu kita bersedekah kepada orang lain yang memerlukan juga. Kita infaq kan atas nama Nad atas ikhtiar, amalan untuk mengundang kepada ubat mujarab kepada penyakit dia.

Ada sebahagian sudah ke arah sana, kita infaq ke atas pusat pertubuhan rumah anak yatim, masjid, pusat tahfiz dan mana-mana orang lain yang memerlukan." 

Itulah dia pecahannya, selebihnya kita akan salurkan kepada Nad Zainal untuk pengurusan harian pasca penjagaan Nad Zainal sebab bila dia keluar saja dia tak boleh terus "shooting"., ujarnya.



Akhir sekali, Ungku mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan memohon semua mendoakan kesembuhan buat Nad.

Untuk info, sejak dimasukkan ke wad 23 November lalu, Nad sudah dua kali ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital KPJ Ampang Puteri akibat pendarahan dan kemerosotan oksigen dalam paru-parunya sebelum disahkan mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GreySuede 16-12-2022 02:29 AM
Alhamdulillah NZ semakin ok. Lama juga baru update ni. Drama CB pun nk tayang dah 19hb ni. Jgn tunda lg sudah. Semoga dipermudahkan urusan NZ & keluarganya.
Quote Carcosa 16-12-2022 03:56 AM
Edited by Carcosa at 16-12-2022 11:51 AM

Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 160k.
Ni, yg retis2 yg membantu tu, jgn bias lah eh. Mentang2 lah Nad ni lawa, tolong dia jelah. Enot tu meratib takde duit sbb jatuh pablas ratus kali dlm toilet, tak tulung kah? Dia janda jgk. Ke, retis2 tolong yg lawa je? Or org2 ramai yg derma tu, cemana?
Lantak korang lah. Aku kalau retis, maleh aku nak nolong. Baik aku sedekah dkt Abg2 Rider yg antar aku makanan. Lantak korang ah, duit korang.
Quote lizasurihanis 16-12-2022 04:13 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 03:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

Orang malaysia kan pemurah.agaknya enot tak ada yg buat tabung  derma lagi kot.kalau ada mesti ada yg baik hati dah derma
Quote msdummy.2018 16-12-2022 04:51 AM
Betul ke dia dh trnsfer hkl?
Quote LadyCarefree 16-12-2022 05:02 AM
3%? Lazimnya ngo amek 30%
Quote LadyCarefree 16-12-2022 05:02 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 02:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

exactly. xhingin nak derma
Quote jambatannetizen 16-12-2022 05:07 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 03:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

Haha aku in some parts fikir kalau dia ini sakit. Kita orang kisah apa. Kau tanggung jelah sendiri. Jst because dia artis, kena kesian banyak?? Plus dia tak cantik pun. Muka dia very the low par.
Quote princessmiang 16-12-2022 06:49 AM
Acik2 kepam fb yg derma ni ntah2 kalau sepupu sendiri sakit masuk icu bagi epal econsave je sebekas
Quote jihyomelly 16-12-2022 07:16 AM
semlm CB dah start kan..tgk kat astro ria..alhamdulillah dah makin sihat..sapa yg menderma bagus lah..iols tak sbb retis ramai kengkawan retis bleh derma..
Quote Incanto 16-12-2022 07:39 AM
Alhamdulillah. Rezeki dia ramai yg derma. Siapalah kita nak pertikaikan

wpun aku tak minat dan aku tak derma tapi aku happy tgk ramai yg murah hati

semoga Nad terus sembuh sepenuhnya
Quote cattiecute 16-12-2022 08:35 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 03:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

iyo la tu. tak hengen gak nak derma kat retis
hujung2 dah baik nanti jadi kes apa2 alasan "ini urusan saya dan Allah"
pastu hujung2 netizen merempan menyesal doakan macam jadi kan elyana tu
Quote melinda_kerr 16-12-2022 08:43 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 03:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

betul jugakkan...enot pun kesian..aku tgk shiera DJ tu je duk upload psl enot ni byk kali mintak bantuan. bagus shiera
Quote laksmanabentan 16-12-2022 08:45 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 03:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

artis mesti ada medical insurance kann...
takkan ler takde langsung..
sure medical insurance da boleh cover tu semua...
Quote Nnasda53 16-12-2022 08:50 AM
Alhamdulillah Nad semakin pulih.

Quote da_vinci 16-12-2022 09:03 AM
ShieraIjoy ni mmg bagus orgnya, ig diapun tak melebih2, sll update pasal makan2, pasal peel anak2 dia yg diapun naik pening tu.....sumbang la sapa yg ada lebih2 tu...
Quote Aneem 16-12-2022 09:07 AM
Kat tak nak update selalu tp sokmo muka kau je yg up cerita.
Quote Siput_Sawah 16-12-2022 09:07 AM

yup 3% utk yuran pengurusan. NGO tu lain sbb dia org claim komisen/pengurusan sbb tu pakat nak jadi penaung NGO uols sbb senang dpt duit!
Quote annadonna 16-12-2022 09:07 AM
Carcosa replied at 16-12-2022 03:56 AM
Perghhhhhh, 270K
Yuran utk pengurusan dlm 8k je. Katalah bill spital 100k. Ada lagi balance 100k.
Ni ...

Bersangka baiklah. Mungkin waktu sihat Nad banyak menyumbang dan sedekah jugak so kebaikan datang balik kat dia. Itu semua rezeki dari Allah, manusia ni perantara saja
Quote azimodin 16-12-2022 09:17 AM
da_vinci replied at 16-12-2022 09:03 AM
ShieraIjoy ni mmg bagus orgnya, ig diapun tak melebih2, sll update pasal makan2, pasal peel anak2 di ...

Haah, selalu layan posting si shiera pasal anak2 . Dia pon jenis x flex, tayang kehidupan macam typical mak2 suka membebel

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.106982 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top