CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ditahan Pelihara 300 Tikus, Biar Kanak-kanak Hidup Dalam Rumah Kotor

15-12-2022 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 782| Komen: 2

Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas penemuan seorang kanak-kanak dan beberapa haiwan yang hidup dalam persekitaran kotor di rumahnya, lapor akhbar New York Post semalam.


Polis di Daerah Citrus, Florida menggeledah rumah Shannon Marie Morgan, 38, pada Rabu minggu lalu, lapor saluran televisyen WTVT-TV.

Apabila pegawai dari Pejabat Syerif Daerah Citrus tiba di lokasi kejadian, mereka menghidu bau gas ammonia di dalam rumah tersebut.


Morgan berdepan 12 pertuduhan membabitkan kekejaman terhadap haiwan dan satu pertuduhan pengabaian kanak-kanak. - Pejabat Syerif Daerah Citrus

Mereka menemui beberapa sangkar dan akuarium kaca yang menempatkan beberapa ekor ular dan tikus, termasuk tikus dan kucing yang berkeliaran di dalam rumah.


Menurut pihak berkuasa, haiwan-haiwan itu hilang sumber keperluan asas, manakala najis sertau air kencing dibiarkan merata-rata di dalam rumah.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menemui sampah, pinggan mangkuk dan makanan busuk yang terbiar di seluruh rumah yang mengundang pembiakan pepijat.

Pihak berkuasa berkata, lebih 50 ekor tikus ditemui dalam sangkar dengan kira-kira 300 ekor tikus berkeliaran dengan bebas.

Bukan itu sahaja, tujuh ekor kucing, seekor anjing dan seekor ferret telah dikeluarkan dari rumah itu. 

“Penderaan dalam apa jua bentuk adalah tidak boleh diterima. Keadaan kediaman ini adalah sangat teruk,” kata kakitangan Pejabat Syerif. 


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 16-12-2022 07:06 PM
apa motif (゜゜)
Quote Kitty_catz 16-12-2022 07:13 PM
naseb tulih florida.. ingat kat  kota bharu tadi

kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh  

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.093476 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top