Penyanyi hip hop kelahiran Singapura, YHB Sleepsalot memberitahu perlu mengambil masa dan merujuk kamus untuk menulis lirik lagu dalam bahasa Melayu.
Menurut YHB atau nama sebenar Muhammad Yassin Husaini Saliman, 21, dia mengakui tidak terlalu fasih berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan apabila menulis lirik, dia memerlukan fokus yang tinggi. “Di bilik saya, ada Kamus Dewan berwarna merah. Kalau nak tulis lirik, kadang-kadang saya cuma selak kamus helaian demi helaian. “Tengok perkataan apa yang saya tak pernah dengar sebelum ini, datanglah idea. Kadang-kadang, saya rujuk Google Translate juga,” katanya yang ditemui semasa Media Gathering di Universal Music, kelmarin.
Menerusi muzik hip hop dan kemunculan single baharunya yang berjudul Tukar Currency, YHB sedikit sebanyak dapat memperbaiki penguasaan bahasa Melayunya yang lemah itu. “Secara semula jadinya, memang saya tak berbual dalam bahasa Melayu sebab tiada banyak peluang untuk berbuat demikian di Singapura. “Sungguhpun begitu, kalau saya tulis lagu atau lirik, memang saya betul-betul duduk di meja dan letakkan fokus penuh. Kemudian, barulah saya tulis (lirik) dalam bahasa Melayu,” ujarnya. Tukar Currency merupakan lagu bahasa Melayu kedua YHB berduet bersama Nakalness dibawah edaran syarikat rakaman, Universal Music yang dicipta oleh RIIDEM, SonaOne dan YHB sendiri. Sumber: Xtra |
slyfynx replied at 15-12-2022 11:38 PM
ni bukan free
Style overseas
Line aku panjang dari A sampai Z
..nama sebenar Muhammad Yassin Husaini Saliman..
slyfynx replied at 15-12-2022 11:38 PM
ni bukan free
Style overseas
Line aku panjang dari A sampai Z
EraPajura replied at 16-12-2022 12:08 AM
anak hikan sape ni terlepas..
ADVERTISEMENT