TASEK GELUGOR: Mangsa kejadian letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini kelmarin yang dilaporkan melecur hampir seluruh badan akan menjalani pembedahan esok.
Adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, berkata, kakaknya, Siti Hajar Hanis Muhamad, 26, telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) pukul 7 petang semalam. Katanya, prosedur yang bakal dijalankan bertujuan membuang kulit kakaknya yang 70 peratus melecur susulan insiden terbabit. “Doktor memaklumkan kulit yang masih elok akan ditampal di tempat yang melecur dan pembedahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
“Ini ekoran kulit yang elok hanya ada kira-kira 30 peratus dan proses membuang kulit yang mati juga rumit dan perlu dilakukan dengan teliti. “Kakak akan ditidurkan sepanjang prosedur terbabit yang dijangka berlangsung dalam tempoh empat hingga lima bulan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku semasa mangsa mahu menggoreng ikan sebelum gas memasak tersebut tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah teres dua tingkat berkenaan. – CARI Sumber: Utusan
|
edayildiz replied at 15-12-2022 08:20 PM
omg nape gas meletup ye tiba tiba..
seramnyaa..jd betul la tindakan kita tak nak masuk dapur memasak ...
kepompong replied at 15-12-2022 08:38 PM
rumah ibu saudara i pernah berlaku kes macam ni… tekanan menyebabkan tingkap kaca pecah, mangsa ...
edayildiz replied at 15-12-2022 08:41 PM
seramnyaaa..risau rumah parents pakai gas..
kena remind my mom ni..
mmg kena bg udara mengalir git ...
kepompong replied at 15-12-2022 08:48 PM
dlm kabinet ok kot kalau ada lubang udara, mmg semua kabinet utk gas dah designed ada lubang udar ...
edayildiz replied at 15-12-2022 08:20 PM
omg nape gas meletup ye tiba tiba..
seramnyaa..jd betul la tindakan kita tak nak masuk dapur memasak ...
edayildiz replied at 15-12-2022 12:20 PM
omg nape gas meletup ye tiba tiba..
seramnyaa..jd betul la tindakan kita tak nak masuk dapur memasak ...
shy79 replied at 16-12-2022 09:54 AM
kalau laki tu pun x mau kawin kita faham la..
jgn pulak family pompuan dok push suruh nk nikah jgk.. ...
ADVERTISEMENT