Neelofa kata suaminya Haris Ismail banyak mengajarnya erti kesyukuran dalam rezeki. Dalam video tular di TikTok, Neelofa berkongsi mengenainya kepada Puteri Sarah Liyana.
“Saya sangat faham, terutamanya bila awak kata dulu dapat banyak tapi tak pernah rasa cukup. “Dalam kes saya, saya rasa adik-beradik ramai, keluarga besar, jadi mungkin untuk mak ayah fokus dan bercerita tentang kesyukuran ada setengah perkara yang tidak dapat difahamkan. “Tapi saya banyak belajar selepas berkahwin daripada suami saya. Dia banyak sedarkan saya tentang aspek kesyukuran.
“Family saya menjadi saksi daripada saya tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap ini. Bila ada orang baru masuk dalam hidup saya, daripada sudut pandangan dia pandang saya berbeza." Neelofa menceritakan bagaimana PU Riz mengubah persepsinya dalam erti syukur yang sebenar walaupun sekecil zarah. “Dia selalu cakap dekat saya untuk banyak bersyukur sebab apa yang Allah dekat awak tak sebanyak macam Allah beri pada orang lain. Contohnya, dia kata lagi orang-orang yang minat dan sokong saya, mendoakan awak ni adalah satu rezeki juga. “Awak tak perlu buat banyak kerja, awak bukannya berlakon 10 filem 10 drama setahun, bukannya awak kena pergi buat appearance setiap bulan, tapi akan ada je orang yang mendoakan awak dan minat awak. Itu satu rezeki yang besar yang Allah kasi. “Keluarga saya dibesarkan dengan ramai peminat jadi mungkin masa tu kita tak nampak cara pandang perkara tu.
“Haris ni benda paling kecil yang dia dapat pun dia sangat bersyukur dan hargainya. Pada saya perkara tu sangat mudah dan biasa tapi apabila dia zahirkan benda tu dengan penuh rasa bahagia dan syukur terhadap satu perkara jadi lama-lama saya sedar yang mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila terima sesuatu. “Secara tak langsung saya banyak belajar cara untuk munasabah dan fikir semula bahawa sebenarnya katakanlah kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tak pernah putus, rumah berpuluh biji tapi semua itu belum janji kebahagiaan. “Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur,” tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|