CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dan Anak Sama 'Naik', Ditangkap Miliki Ekstasi Bernilai RM171,270

15-12-2022 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 674| Komen: 1

SIBU – Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sini, dengan memiliki dadah jenis ekstasi dianggarkan bernilai RM171,270.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata anak beranak berusia 53 dan 28 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sebuah rumah di Jalan Keranji, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 99 peket plastik bertulisan ‘Juice Master’ disyaki berisi dadah jenis ekstasi dianggarkan seberat 3.42 kilogram dan 18 biji pil warna merah jambu disyaki pil ekstasi dengan anggaran berat kasar 5.90 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Foto: Kosmo


Beliau menambah ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine manakala suspek wanita negatif.

Justeru, Zulkipli berkata anak beranak itu ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Katanya suspek lelaki akan direman selama tujuh hari bermula hari ini manakala suspek wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-12-2022 07:31 AM
bisnes anak beranak lah ni kihkih

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.028295 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top