Trend tarian yang diambil dari siri drama popular Netflix, Wednesday, semakin mencuri perhatian terutamanya dalam kalangan remaja pada masa kini.
Bahkan, terdapat segelintir golongan ibu bapa yang mengambil ringan dan menganggap tarian yang menjadi ikutan anak-anak mereka itu hanyalah sekadar bentuk hiburan semata-mata tanpa mengambil peduli lirik disebalik lagu latar tarian berkenaan yang mengandungi unsur pemujaan tuhan jesus mereka. Elfira Loy ada berkongsi lirik disebalik lagu tersebut menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Rabu. Walaupun sekadar berkongsi lirik lagu muzik latar tarian berkenaan, Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 28, menganggap adalah tidak baik membiarkan sahaja anak-anak atau remaja terus terpedaya dengan bentuk hiburan sedemikian tanpa mengetahui maksud disebalik perbuatan yang dilakukan.
“In case anda tidak membuat carian di Google mengenai lirik tersebut. Inilah dia lirik tarian Wednesday tu. “Jika anda rasa bagus untuk menari dan bagi budak-budak menari menggunakan lagu tu, Subhana-Allah, terpulang kepada anda,” tulisnya.
|
AcikBuncit replied at 15-12-2022 08:15 PM
Mcm xkne je subhanallah tu.. Btw el ko xnk beli ke bantal babypian tu.. Bgus utk bdk2 dgr alunan zik ...
AcikBuncit replied at 15-12-2022 08:15 PM
Mcm xkne je subhanallah tu.. Btw el ko xnk beli ke bantal babypian tu.. Bgus utk bdk2 dgr alunan zik ...
miss_perfect replied at 15-12-2022 09:56 PM
Kemain kat caption tulish "mama kata kitorang ni keturunan orang Arab yaman" tapi benda basic macam ...
rosedemon replied at 16-12-2022 07:53 AM
elpira loy kan terpaling alim.
ADVERTISEMENT