Safiey Ilias, 26, yang lama menyepi dari dunia media sosial dikatakan lari daripada beberapa pihak yang mahu menuntut hutang.
Harian Metro melaporkan, usahawan kontroversi itu juga menjual rumah di Sunway Montana dan kereta mewah Mustang sekitar Februari lalu menguatkan lagi dakwaan dia sudah muflis. Bagaimanapun, Safiey muncul membuat kemas kini di Instagram dengan memuat naik beberapa video terbaharu serta tangkap layar mesej menunjukkan hutang dengan beberapa individu sudah dilunaskannya. "Saya akui memang ada berhutang dengan beberapa pihak. Mereka tahu apa masalah saya hadapi. Saya berterima kasih kerana mereka sudi membantu dalam keadaan saya memerlukan dan terdesak. Sejak beberapa bulan lalu saya mula menjelaskan hutang itu sedikit demi sedikit. "Apabila saya ambil keputusan untuk kembali aktif di media sosial, ia bermakna saya tidak lari atau hilang terus. Saya tetap memberikan komitmen untuk membayar hutang. Saya tidak pernah tipu sesiapa. Cuma, saya harap mereka bersabar. Saya tetap bayar. "Selama ini saya berdiam diri sebab masih dalam tempoh rawatan masalah kesihatan bipolar. Atas nasihat doktor, saya perlu mengambil ubat dan berehat. Alhamdulillah, selepas segalanya beransur baik, barulah saya muncul semula," katanya.
|
R2D2 replied at 16-12-2022 12:38 PM
boleh google tgk Sunway Montana
sharlenetexas replied at 17-12-2022 03:44 PM
Terbayang tempat perkhemahan fathers organic farm.
ADVERTISEMENT