Kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan tragis selepas dia mengeluarkan kepalanya dari tingkap bas dan bertembung dengan sebuah tiang. Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu ketika kejadian sedang dalam perjalanan ke tempat sembahyang bersama keluarganya di Mexico, Amerika Utara.
Saksi di tempat kejadian menceritakan bagaimana tragedi itu berlaku. Mereka mendakwa, pada satu ketika budak itu secara tiba-tiba mengeluarkan kepalanya ke luar tingkap bas dan berlanggar dengan tiang di bahu jalan. Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dan ditinggalkan di belakang bas.
Sementara itu, pemandu bas itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pihak polis tiba. Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kejadian masih dalam sisatan. Sumber: mStar |
Thunderclouds replied at 15-12-2022 05:29 PM
Teringat2 cita hereditary
ADVERTISEMENT