CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yasin Sulaiman Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim, Minta Kaji Undang-Undang Lapuk Mengenai Dadah

15-12-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1455| Komen: 12

"Saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Itu reaksi pertama penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman ketika ditemui media selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.


Mengambil semangat perdana menteri, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, menyifatkan Anwar mengharungi perjuangan yang lebih dahsyat dan teruk berbanding dirinya sebelum ini.

Foto: mStar


"Dengan kuasa Allah akhirnya dia telah dilantik untuk jadi perdana menteri.

"Begitu juga saya mengharapkan agar ada keadilan sewajarnya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Mimpi Laila ini turut berharap Anwar dapat menambah baik undang-undang lapuk terutama kes berkaitan dadah.

"Saya berharap agar perdana menteri kita dapat betulkan undang-undang arkib, undang-undang lapuk yang tidak menepati perkembangan, pengetahuan dan peradaban.

"Itu telah masuk dalam kes 39B yang beliau pernah hadapi dulu mengenai kes arkib ni jadi saya harap dia faham," ujarnya.

Selain keluarga, rakan selebriti iaitu Wardina Safiyyah turut dilihat hadir memberikan sokongan di mahkamah.

Dalam prosiding itu, mahkamah menangguhkan keputusan representasi bagi tiga pertuduhan dadah yang dihadapi Yasin pada 11 Januari tahun depan.


Foto: mStar

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih menunggu keputusan ketiga-tiga representasi berkenaan.

Terdahulu, semasa prosiding peguam bela Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan masih memerlukan sedikit masa untuk mempertimbangkan representasi itu yang difailkan 23 September lalu.

"Hari ini ditetapkan untuk keputusan representasi, namun kami dihubungi oleh pendakwaan bahawa mereka memerlukan sedikit masa.

"Tiada masalah untuk keputusan representasi dalam tempoh singkat, dalam tiga minggu ini," katanya.

Mendengar perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin bersetuju satu tarikh singkat bagi keputusan representasi itu selain mengesahkan masih menunggu keputusan representasi daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Pada 6 Julai lalu, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.

Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pada 31 Mac lalu, Yasin mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok ganja.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 15-12-2022 01:20 PM
Tak habis2 eh, nak menghalolkan dadih?
Kang lepas dadih sayur, lepas tu apa pulak? Dadih air batu? Dadih bijik?
Quote margo20 15-12-2022 01:24 PM
Tak halal pun senang dpt apetah lg bila halal esok
Quote Themilo 15-12-2022 01:42 PM
yasin punya barang bukti ni cukup untuk kegunaan sheols sorang je ke, atau cukup untuk diedarkan kepada orang lain? weols tak follow kes ni sebab sheols sendu jaaa...
Quote HoneyManjer 15-12-2022 03:15 PM
kalau nak halalkan dadih in general takleh laaaaaaaaaaaaa
nak pakai untuk perubatan maybe leh la dipertimbangkan....
with added supervision bla bla bla....
Quote lotusteratai 15-12-2022 03:21 PM
benda ni sng je, klu ada org report atau ada berlaku aktiviti pengedaran mmg kau kena tahan la
Quote dua_chzy 15-12-2022 03:33 PM
Yasin tak kena penjara kan? Tak folo sangat kes dia ni. Tapi aku tengok ada ja suara dia dalam lagu baru si Namewee yang bertemakan World Cup Qatar tu. Sedap lagunya. Suara Yasin pun maintain.

Terimalah, Ya Gamila by Namewee featuring Yasin Sulaiman.

[youtube]H8nERjGhpPk[/youtube]
Quote mizruncing 15-12-2022 04:19 PM
untung laa masuk jail pon blh lagi suarakan pendapat itu ini
Quote caprut 15-12-2022 04:22 PM
Edited by caprut at 15-12-2022 04:25 PM

Geng lelaki melayu pon setuju weed dihalalkan. Lelaki yg sama baru lpas servis dgn pondan mggu lpas tk setuju LGBT makin mndpat tempat
Quote gapiah 15-12-2022 07:18 PM
Themilo replied at 15-12-2022 01:42 PM
yasin punya barang bukti ni cukup untuk kegunaan sheols sorang je ke, atau cukup untuk diedarkan kep ...

39A(2) bukan pengedaran. Berat turun lepas laporan kimia rasanya. Tak salah hari tu pertuduhan asal 39B ie pengedaran.
Quote rosedemon 16-12-2022 07:43 AM
yasin ni klau duk siam bhgia dah. sape suor ko duk mlysia haha
Quote adeqbun 16-12-2022 08:45 AM
Carcosa replied at 15-12-2022 01:20 PM
Tak habis2 eh, nak menghalolkan dadih?
Kang lepas dadih sayur, lepas tu apa pulak? Dadih air batu? D ...

halalkan elljibeetee agaknya
Quote nad03 16-12-2022 09:25 AM
Macam-macam ya orang minta dari kerajaan baru ni. Masa orang lain tu naik, penyokong pakatan dia pun tak ada sibuk nak suruh luluskan RUU 355

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.353486 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top