CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Kena Claim, Sejak Bila Aina Abdul Jadi Penyanyi Indonesia?

15-12-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2147| Komen: 15

Aina Abdul semakin cemerlang dalam industri muzik tanah air dengan pelbagai karya hasil ciptaannya sendiri dan berkebolehan menyanyi lagu bahasa asing termasuklah Korea.

Bagaimanapun, baru-baru ini, nama Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, menjadi topik hangat dalam TikTok apabila salah seorang pengguna menyatakan bahawa penyanyi itu berasal dari Indonesia.

Perkongsian akaun TikTok @sius.30 memaparkan video nyanyian Aina bersama dua lagi penyanyi dari negara lain yang dirangkumkan dengan kapsyen ‘Cover lagi, sedang This Love, mana sih suaranya yang paling keren menurut kalian?’.

Foto: IG

Kapsyen yang tertulis ‘Indonesia’ merujuk kepada video Aina menimbulkan tanda tanya netizen sekali gus mencetuskan perdebatan antara netizen Malaysia dan Indonesia.


“Sejak bila pula Aina berasal dari Indonesia? Mula-mula ingatkan artis Indonesia serupa dengan Aina.

“Baru ingat Aina ada nyanyi semula lagu ini. Aina penyanyi asal Malaysia, bukan Indonesia,” tegas seorang pengguna TikTok.

“Tolong jangan ‘claim’ Aina sebagai orang Indonesia ya, dia merupakan salah seorang penyanyi bagus asal Malaysia, generasi penyanyi baharu yang berkualiti,” komen pengguna TikTok lain.

“Sekarang aku pun jadi pening, dah kenapa pula Aina tiba-tiba jadi orang Indonesia. Terang-terang dia adalah penyanyi Malaysia, siap menang AJL lagi. Orang luar mana boleh masuk AJL,” komen pengguna yang lain.



Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang memuji kelunakan dan kemerduan suara pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu.

“Apa-apa pun, suara Aina sememangnya mendunia dan mempunyai kualiti yang setanding artis antarabangsa. Sebab itu ramai ‘claim’ dia,” puji seorang pengguna.

“Sedapnya suara Aina, sebutannya jelas dan dengar sebiji-sebiji serta langsung tidak menelan perkataan.

“Nyanyian yang sampai dengan penceritaan yang bagus. Malaysia beruntung dan patut bangga mempunyai bakat besar sepertinya,” tulis pengguna lain.



Setakat ini, video tular tersebut meraih lebih empat juta tontonan dan 172,600 tanda suka dengan 2,081 perkongsian.

Ruangan komen juga dipenuhi dengan reaksi daripada netizen Malaysia dan Indonesia.



Untuk rekod, Aina mempertaruhkan lagu Terus Hidup di pentas AJL37 yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2023 dengan berentap bersama 11 lagi finalis lain seperti Ernie Zakri dan Marsha Milan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 15-12-2022 01:57 PM
ahahahaha adoi hahahahahaha weh hahahahaha rasa mcm ada penculikan pulak berlaku hahahahahhahaha
Quote scrocth 15-12-2022 02:01 PM
Nampak sgt yg mengomen pun xtau sejarah AJL. Penyanyi luar dibenarkan bertanding asalkan karya lagu dan lirik itu 100 peratus orang malaysia. Krisdayanti pun pernah masuk pencalonan baru muzik2, glenn fredly pnh bertanding di semi final, endang s taurina pnh berentap di final AJL90. So point nk backup aina menang AJL sbg penyanyi tu xleh pakai ya deknon
Quote scrocth 15-12-2022 02:02 PM
Lagu mengapa dan samar bayangan nicky astria pernah lolos smp ke semi final. Tp digantikan dgn penyanyi indon yg lain dan lagu second tu tarik diri sbb penyanyi asal xdpt join semis
Quote nakkomenjugak 15-12-2022 02:53 PM
ahhttt ahhhttttt
korang claim baby shima takpe, jangan aina
Quote ashilalat 15-12-2022 03:16 PM
Hahaa..biar la indon claim aina. Dah muka pon lobang², helok lagi muka bibik indon pakai jamu. Pesyen pon pelik².  Nyanyi jerit² pekik². Selayaknya lah diclaim indong.
Quote dudaberhias 15-12-2022 04:36 PM
tapi kaka ok jah kalau sheols di claim oleh yindu majapahit...

memang ada rhoperrr hamba abdi yang di hantar oleh kerajaan yindu langkasuka ke kerajaan yindu majapahit untuk membuat perhubungan di antara dua kerajaan agittewwww...

pakaian2 pun jenis meminta untuk di kutip dek perhilitan...

yang dekat ladang teh tu pun perhilitan standby je kat atas minum teh tunggu nak kutip...
Quote patiya 15-12-2022 04:40 PM
claim aja ya pak ..
btw aku tgok dia ni mcm bidah je
Quote PetitionWriter 15-12-2022 04:47 PM
@dino mana dino??

kohkohkohkohkoh
Quote umbut 15-12-2022 04:49 PM
Claim lah.. ngak apa2 buk
Quote rosedemon 16-12-2022 07:36 AM
claimmmm jgn x claimmm
Quote rosannazmia 16-12-2022 07:41 AM
Sadis betui komen2 acik2 forom , dak2 tik tok mempertahankan aina, tp acik2 forom “ambik2,sila kan “ hehehe
Quote cmf_premierleag 16-12-2022 09:03 AM
Claim je aina tu indon..muka pun dah sama dgn warga indon kan
Quote bulanbulat 16-12-2022 09:11 AM
Kenapa aina x ikut daiyan join i can see your voice tu?
Quote Acikgomen 16-12-2022 09:16 AM
dudaberhias replied at 15-12-2022 04:36 PM
tapi kaka ok jah kalau sheols di claim oleh yindu majapahit...

memang ada rhoperrr hamba abdi yang  ...

Acik pun nak komen bende yg sama
Ambik je lahhh setakat penyanyi je ponnnnnnn
Ade takde pun bukan boleh mengukuhkan ringgit mesia
Quote twins 16-12-2022 12:42 PM
netizen Indonesia ni mmg tak leh lawan la kalau bab-bab claim mengclaim ni... segala benda dorang punya.... aku tengah tunggu bila dorang nak claim Rajnikanth Sivaji The Boss tu orang Indonesia......

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037049 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top