CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Kali Pertama Gaduh Dengan Bekas Isteri, Saya Rasa Macam Johnny Depp Lah Senang Cerita,"-Radhi OAG

15-12-2022 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5017| Komen: 58

Kontroversi membabitkan rumah tangga penyanyi Radhi OAG berkenaan dakwaan memukul bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri, 28, masih belum menemui titik noktah.

Menurut Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali, 45, siasatan kes masih lagi berjalan dan perbicaraan akan bermula pada 14 Februari 2023.

Meskipun, perbicaraan tersebut akan berlangsung pada tahun hadapan namun dia berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

Foto: XTRA

“Perbicaraan tentang kes saya akan bermula pada 14 Februari 2023. Jadi,  saya dah minta dekat dia (bekas isteri) dengan cara baik sebab saya tak nak fight pun benda ni kerana apa yang berlaku saya dah maafkan.  Dan saya pun harap dia maafkan saya juga.


“Tapi kalau dia masih lagi tak nak tarik kes ni, dan nak bawa sampai ke tahap perbicaraan then kita akan teruskan. 

“Setakat ini kes masih lagi berjalan, dah dua kali saya pergi mahkamah, kali terakhir adalah dia bagi tarikh perbicaraan semula pada Februari nanti,” katanya.

Menganggap kontroversi ini sebagai satu ujian daripada Allah, Radhi bagaimanapaun pernah bertekad untuk menarik semula kes dan berharap hubungannya bersama bekas isteri dan keluarga mentua berada dalam keadaan baik.



“Ada, cuma respons dia wallahualam. Saya berhubung pun dengan mak dia je sebab saya dengan mak dia masih tak putus hubungan. Nak kata hubungan dengan dia ada masalah pun saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab bagi saya ini semua ujian. Apa yang berlaku semua ni Allah punya ketentuan, jadi saya tak boleh nak marah, tak boleh nak react, saya just take it easy dan cuba untuk selesaikan masalah ini dengan baik.

“Yelah, sebab dah 30 tahun bersama OAG dan mungkin ini satu ujian Allah nak bagi. Macam saya katakan tadi, saya tak ada niat nak fight back yang penting saya nak berbaik je dengan bekas isteri tapi kalau berbalik tu, itu semua kuasa Allah,” jelasnya.

Radhi ditemui ketika majlis sidang media Pelancaran Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang diadakan di ATSKY Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.


Sementara itu, vokalis kumpulan OAG ini mengaku kontroversi demi kontroversi yang menimpa dirinya secara tidak langsung membuatkan reputasinya sebagai seorang artis terjejas.

“Pasal terjejas tu,  memang terjejas sebab sekarang ni even my own friends pun ada yang 50/50. Tapi bila dia tengok video yang saya tunjukkan baru dia nampak siapa yang bersalah dan tidak. Ada report daripada hospital yang mengatakan cedera ataupun tidak. Jadi kat situ saya yakin.

 “Lagipun, ini bukan kali pertama saya gaduh dengan dia, dan saya tahu style dia macam mana jadi saya rileks je lah. Saya rasa macam  johnny depp lah senang cerita, “ ujarnya.

Bahkan, dakwaan memukul bekas isterinya itu sangatlah berat sehinggakan dia pernah mengalami gangguan emosi.



“Berat. Terus terang cakap, saya psiko sekejap pasal benda ni. Tapi nak buat macam mana, saya terpaksa fight back secara profesional. Jadi, saya upah lawyer dan dia akan memastikan saya akan menang kes ni nanti.

“Sebab kalau saya pukul, saya mengaku! Senang cerita. Masalahnya saya tak pukul. Tapi saya lepaskan perkara ni kepada pihak berkuasa untuk selesaikan sebab kalau saya cerita nanti jadi emosi pula. 

“Saya belajar martial arts, seorang yang belajar seni mempertahankan diri dia tak akan suka-suka pukul orang unless dia kena pukul. Saya tak kan lah, memang setiap orang ada panas baran dia tapi macam saya,  paling pun tumbuk dinding, marah tu biasalah.

“Tapi sampai nak memukul depan orang ramai, depan anak-anak tu, saya masih waras lagi. 

“Saya mohon moga Allah lembutkan hati dia (bekas isteri) untuk tarik balik kes ni sebab bila kes ni dah masuk Mahkamah nanti mulalah buka aib sana sini. Jadi, saya harap kalau benda ni tak berlanjutan kita boleh selesaikan luar mahkamah,” katanya



Dalam pada itu, Radhi juga memaklumkan hubungannya dengan anak-anak masih baik sehingga ke hari ini.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan anak-anak masih lagi okay. Kalau saya baik dengan mak dia apakah ramalan anda agaknya. Cuma saya dengan dia tak tahu kenapa jadi macam tu,” kongsinya.

Menurut Radhi,  dia tetap akan melakukan yang terbaik sepanjang konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang akan diadakan pada 25 Disember ini walaupun sedia maklum bahawa kemungkinan penjualan tiket akan turut terjejas disebabkan kontroversi melibatkan dirinya.

“Saya tak kira, memang mula-mula saya terfikir juga benda tu tapi as i told you i try my best, tiket banyak tak banyak tu saya tau memang dia akan effects, sebab dengan kes ni lagi. Tapi yang penting saya akan lakukan yang terbaik kerana kita akan raikan dengan semua peminat nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Radhi  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan dan memukul bekas isteri pada perbicaraan di Mahkamah Majistret pada 22 April lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 15-12-2022 11:48 AM
biar betul OAG dah 30 tahun? tahun 1992 tu, 4U2C & KRU pun baru kuar..
Quote cikatilia 15-12-2022 12:08 PM
wekkkkkk ko dgn joni jauh mcm planet pluto dgn kerak bumi dei
Quote eyansss 15-12-2022 12:12 PM
macam johnny depp??????  phuuuuuiiiiiihhhhhhhhh…
Quote eyansss 15-12-2022 12:16 PM
ko dengan first bini pun hauk…  sampai first bini sanggup tipu dah berzina sebab nakkan talak ko jatuh…  pastu ko masih gigih merayu2 cam psiko takleh terima hakikat…  ni dengan second bini pun ko nak berdrama sakan…  tak serik eh…  betul la orang cakap, matpit ni willing to do anything untuk drama kehidupan dia…
Quote Dolmat 15-12-2022 12:18 PM
Johnny Depp.......? Wagaaggagaa!  Kes dulu DJ Dave kena perhambat dgn bini pun ko tak lepas ler tu level.... Aper jer lu kacip!
Quote Acikgomen 15-12-2022 12:19 PM
eyansss replied at 15-12-2022 12:12 PM
macam johnny depp??????  phuuuuuiiiiiihhhhhhhhh…

Biaq la dia nak fefeling
Dah asek mengacip je, sapa je tak menyampah
Quote eyansss 15-12-2022 12:23 PM
Acikgomen replied at 15-12-2022 12:19 PM
Biaq la dia nak fefeling
Dah asek mengacip je, sapa je tak menyampah

ok la ok la...  sesekali bagi ek...  hahaha...
Quote inspektoremos21 15-12-2022 12:23 PM
exclusive_vvip replied at 15-12-2022 11:48 AM
biar betul OAG dah 30 tahun? tahun 1992 tu, 4U2C & KRU pun baru kuar..

Oag ni memang dah lama kan.. cuma masa diorg baru2 keluar tu tak famous lagi
Quote Carcosa 15-12-2022 01:13 PM
Gelinyaaa aku tgk ko ni lah! Muka dia mcm span cuci pinggan yg dah lama yg tak tukar2.
Lepas ni, kalau ada lagi betina yg nak kawin dgn si Mat Gian ni, taktau lah aku. Dahla miskin, muka hauk, berdadih. Eikhhhhh, kasi free pun aku taknak oi
Quote alesandra 15-12-2022 01:16 PM
Aiyoooo this fucker menyamakan dirinya teraniaya seperti abam joni
Quote misz_sanggul 15-12-2022 01:16 PM
buruknye kesan mendadih tringat ms zmn2 indie band buat konsert, hujan, oag sape lg yg suara power meet uncle hussin..die ni handsome tp nmpk sgt ms tu pun gile semcm kalau ats stage..tp de jgk lg yg nk die ni mn nth gosip baca smlm
Quote margo20 15-12-2022 01:34 PM
Mcm johnny pebenda kau ni da rupe jin tau dak
Quote helicornia 15-12-2022 02:29 PM
Student uni 21 tahun please take note
Quote imanjannah 15-12-2022 02:32 PM
lain mcm statement ko bang
Quote ReginaGeorge 15-12-2022 02:39 PM
Zaman iols remaja baru nak tumbuh bulu, punyalah i igaukan mat dadih ni... Tu pasal mak2 nasihat kat anak dara, kawen jgn tgk rupa paras, jgn tengok mat moto rxz usang..bagi 5 ringgit terus ikut check in belakang chokit.
Quote belilies 15-12-2022 04:25 PM
Like seriously tak sedar diri punya statement. Heols dah ada awek baru kan umo 21thn student ipta? Gile lah. Its like history repeating itself. Tat gal shud run!
Quote anikarma 15-12-2022 04:35 PM
ReginaGeorge replied at 15-12-2022 02:39 PM
Zaman iols remaja baru nak tumbuh bulu, punyalah i igaukan mat dadih ni... Tu pasal mak2 nasihat kat ...

Mak aiii ada eh species gini???? Tak berbaloi dikkkk takat 5 hinggit….
Quote anikarma 15-12-2022 04:36 PM
belilies replied at 15-12-2022 04:25 PM
Like seriously tak sedar diri punya statement. Heols dah ada awek baru kan umo 21thn student ipta? G ...

Asal mak rasa dia cam pedo ehhh asik nak yg umur 20+ jer…..nasib tak main yg remaja….haru biru cam lagu dia
Quote belilies 15-12-2022 04:42 PM
anikarma replied at 15-12-2022 04:36 PM
Asal mak rasa dia cam pedo ehhh asik nak yg umur 20+ jer…..nasib tak main yg remaja….haru biru c ...

Kalo heols ngan bebudak under 18 mmg kompom pedo. Ni suka target bebudak ipta awal 20an gitu set2 naif mudah tertipu. Iols tumpang kesian je, sbb deyols minat heols vokalis oag instead of kes heols dgn bini yg lepas lepas. Dahtu kes dadah lagi, pun tak serik2 pompuan nak kat heols. Kalo boleh jd cam jamal abdillah takpelah juga. Ni belum tentu clean lagi dgn kes masih bjalan

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079000 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top