CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KL Belum Wartakan Lorong Basikal, Banyak Kajian Perlu Dilakukan

15-12-2022 04:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 544| Komen: 0|Original author: Tatod

Gambar hiasan. SUMBER Google


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan lalu, aktiviti berbasikal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Bagaimanapun, disebabkan tidak ada tempat khusus bagi menjalankan aktiviti itu, penggemar riadah tersebut terdedah kepada bahaya di jalan raya kerana ia turut digunakan oleh kenderaan lain.

Menerusi laporan Getaran, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih mengkaji cadangan untuk mewartakan lorong basikal di ibu negara berikutan kebimbangan yang dibangkitkan aktivis pengangkutan awam baru-baru ini.


DBKL berkata, lebih banyak kajian diperlukan untuk menguatkuasakan lorong biru secara sah kerana ada beberapa jalan yang terlibat dikenal pasti mengikut kesesuaian.

Gambar hiasan.

"Memandangkan pewartaan itu mesti dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan lain yang berkaitan, perbincangan mesti dilakukan terlebih dahulu dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan agensi  lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya.

Sehingga lorong basikal yang ditetapkan diwartakan, tidak jelas sama ada pengguna jalan raya boleh menghadapi tindakan penguatkuasaan kerana menghalang atau menceroboh laluan berkenaan.

Isu yang dilaporkan oleh The Vibes pada awal bulan ini berikutan kenyataan kumpulan advokasi pengangkutan awam Transit Malaysia pada mesyuarat 'Safer Streets' baru-baru ini.

Mesyuarat itu membincangkan, antara lain, bagaimana untuk meningkatkan kebolehcapaian di Kuala Lumpur melalui reka bentu jalan dan penggunaan tanah yang lebih selamat.

Gambat hiasan. Sumber Paultan.Org

Pada mesyuarat itu, ahli jawatankuasa pemandu Transir Malaysia, Zac Cheong membangkitkan kebimbangan mengenai teknikal lorong biru dan hijau masing-masing di Kuala Lumpur dan George Town.

"Khususnya, bagi warga Kuala Lumpur, ramai yang tidak sedar bahawa DBKL dan pihak berkuasa berkaitan masih belum mewartakan atau memasukkan lorong basikal dalam undang-undang kecil atau peraturan jalan raya," katanya.

Sudah tentu timbul tanda tanya mengenai peruntukan di bawah undang-undang untuk majlis tempatan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang diletakkan secara sembarangan atau jika berlaku pencerobohan terhadap lorong basikal oleh kenderaan bermotor.

Lorong basikal yang diperkenalkan secara berperingkat sebagai konsep perkongsian jalan di kawasan dalam bandar sejak 2015, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Gambar hiasan. SUMBER Google

"Adalah penting majlis tempatan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin demi keselamatan di jalan raya, akses dan penguatkuasaan," katanya.

The Vibes juga sedang mendapatkan penjelasan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenai status lorong hijau di negeri itu. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.326621 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top