CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Lelaki Indonesia Jadi Doktor Gigi Haram Di Malaysia, Pendapatan Lumayan Sampai Boleh Beli Dua Biji Kereta Secara Tunai

15-12-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1200| Komen: 14

Kuala Lumpur: Mampu beli dua kereta model luar negara secara tunai hasil pendapatan lumayan melalui kegiatan sebagai doktor gigi haram.

Itu antara kemewahan dikecapi tiga lelaki warga asing yang diberkas Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hasil operasi khas dilakukan di sebuah kediaman di Petaling Jaya, Selangor, Khamis lalu.

Sumber berkata, hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek berusia 30-an itu mendapati semua mereka menawarkan pelbagai khidmat pergigian secara tidak bertauliah di kediaman yang diubah suai menjadi klinik.


Foto: Harian Metro

"Suspek dikesan mempromosikan perkhidmatan mereka di media sosial TikTok dengan tawaran harga sekitar RM100 hingga RM1,400 bergantung perkhidmatan yang diberikan.

"Walaupun di peringkat awal siasatan, ada antara mereka tidak mengaku menawarkan perkhidmatan itu namun pemeriksaan pada telefon bimbit suspek mengesan bukti pemindahan wang pelanggan menjangkau RM2,000.

"Ini jelas membuktikan pekerjaan haram dilakukan itu memberikan pulangan lumayan setiap bulan. Jika purata 30 pelanggan diperolehi sebulan, mereka mampu memperolehi pendapatan lebih RM20,000 sebulan," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati setiap 'doktor haram' itu mempunyai pelanggan tetap masing-masing.

"Pihak Jabatan Imigresen yang turut serta dalam operasi berkenaan turut menemui pas kerja dalam bidang pembinaan milik suspek. Namun mungkin kerana penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu, mereka ubah kerjaya menjadi doktor haram," katanya.

Sebelum ini Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan Kesihatan Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Izwan Abd Hamid berkata, pihaknya menahan tiga lelaki Indonesia disyaki menjalankan dan menawarkan rawatan pergigian di premis tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, siasatan awal mendapati kegiatan itu telah beroperasi sejak tahun lalu.

Katanya, soal siasat mendapati lapan pelanggan hadir ke rumah suspek dalam tempoh seminggu untuk mendapatkan perkhidmatan.

"Seorang daripada suspek juga menawarkan khidmat datang ke rumah pelanggan selain sekali perkhidmatan di Johor dan Pulau Pinang setiap sebulan," katanya.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, semua suspek berusia lingkungan 18 hingga 36 tahun itu kini diambil tindakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 1998 kerana menyediakan klinik pergigian tanpa pendaftaran selain Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 kerana menjalankan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar.

"Tindakan juga diambil mengikut Seksen 63(1)(e) Akta Pergigian 2018 iaitu secara palsu menyamar sebagai pengamal.

"Pihak imigresen turut mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga suspek kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 15-12-2022 10:53 AM
Customer dorg pun warga dorg ke?
Quote Buritan 15-12-2022 11:00 AM
Agaknya mmg doc gigi kot.. kslo tak mcmana dia tau buat
Quote doubleA 15-12-2022 11:19 AM
Kalau tak bertauliah ni kalau mati pun mati katak jela takda sapa tanggung. Jangan la bebal sangat malaysian nak pasang braces murah ke putih gigi bagai kalau tak mampu kumpul duit dulu, jangan p yg haram
Quote FOTHER-MUCKER 15-12-2022 11:23 AM
Apa lagi rampas sahaja segala harta benda mereka.
Quote mikasa 15-12-2022 11:24 AM
Buritan replied at 15-12-2022 11:00 AM
Agaknya mmg doc gigi kot.. kslo tak mcmana dia tau buat

Mungkin jugak..tapi setakat belajar youtube...paaang braces pun dah boleh
Quote tri-max 15-12-2022 11:31 AM
mesti customer pon kalangan friska , indon package tak lengkap dan maid indon yg semua type gigi berkarang kuning plus hitam tak servis selepas bertahun2 tak balik indon
Quote sarahmirza 15-12-2022 11:33 AM
doubleA replied at 15-12-2022 11:19 AM
Kalau tak bertauliah ni kalau mati pun mati katak jela takda sapa tanggung. Jangan la bebal sangat m ...

Braces buat kat klinik kerajaan je la....murah RM1k++ je....
Tapi menunggu giliran tu sampai 2-3 tahun ye...
Kecuali la ko ada kabel orang kerja kat KK tu, dapat la cepat skit tunggu kurang setahun...
BTW, berdosa ye guna kabel, mengambil hak giliran orang lain....
Quote PetitionWriter 15-12-2022 11:35 AM
barbie @Friska

kohkohkohkohkoh
Quote Skuau 15-12-2022 11:52 AM
nampak BODOH di pihak Msia...undang2 & kedaulatan negara dia...selalu diperlekehkan warga asing.Lembik.
Quote Normiang-Baru 15-12-2022 12:00 PM
Skuau replied at 15-12-2022 11:52 AM
nampak BODOH di pihak Msia...undang2 & kedaulatan negara dia...selalu diperlekehkan warga asing.Lemb ...

Alahhh kak Ejalti oiii… dulu jd kerajaan kenapa tak bising2 sissss ..skg baru nk memokak??
Quote kelip2_07 15-12-2022 12:01 PM
yg jd customer pn bingai
Quote krustykrab 15-12-2022 12:07 PM
Kelas ko friskies, pas keje pembinaan pun boleh jd dok gigi ya
Sebat laki org pakai pas apa friskies?
Quote dua_chzy 15-12-2022 12:13 PM
Ingatkan semenggah la penampilan, rupanya gitu adja...Pun laku service.
Quote rosedemon 16-12-2022 07:18 AM
kemain kome mndonia kat negara org

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.103075 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top