CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Bangi Bantah Papan Tanda Jenama Jovian- Berunsur Soft Pornography, Tunjuk Wanita Pakai Korset

14-12-2022 05:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5129| Komen: 45

Penduduk Bandar Baru Bangi bersepakat membantah poster baru yang dinaikkan oleh jenama terkenal Jovian kerana didakwa berunsur ‘soft pornography’.

Menurut Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ramai kurang senang melihat poster yang menunjukkan beberapa selebriti wanita menggayakan korset.

Foto: Twitter

Di Twitter, ISMA menerangkan beberapa sebab bantahan disampaikan kepada Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan mengapa papan tanda itu perlu diturunkan.

1. Kerana merendahkan kemuliaan wanita dan imej pakaian dalam wanita tak sepatutnya ditayang di tempat awam


2. Mempromosikan soft pornography. Korset berwarna kulit itu membuatkan ia seolah-olah 8 orang wanita berbikini

3. Melanggar kesopanan apatah lagi ia berdekatan dengan sebuah masjid dan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Ramal, YB Mazwan Johar.



Difahamkan, tinjauan ringkas telah dibuat dan seramai 300 individu daripada group Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC) tidak bersetuju dengan papan tanda tersebut diiklankan.

"ISMA Bangi seru papan iklan ini diturunkan segera, dan gambar wanita berbengkung ini hanya diguna di dalam premis sahaja untuk pelanggan wanita.”

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ISMA dan turut akui mereka juga nampak seperti wanita sedang berbikini disebabkan warna nude itu.

Mereka turut menyatakan sokongan terhadap ISMA dalam membantah papan tanda tersebut selain ada segelintir yang persoal bagaimana iklan sebegitu boleh diluluskan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 14-12-2022 05:44 PM
Sapa model yg bertudung pakai korset tu
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 05:59 PM
@kechikchomel tersenyum sinis , akak selalu gunting rambut dekat Joe Flizzow barbershop
Quote kechikchomel 14-12-2022 06:07 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 05:59 PM
@kechikchomel tersenyum sinis , akak selalu gunting rambut dekat Joe Flizzow barbershop{:1_ ...

Kelasssss kak kaki. Gunting rambut kat kedai retis! Iolss g kedai nyonya Seksyen 4 tambahan tu je.
Quote sharlenetexas 14-12-2022 06:08 PM
Acik ning meliuk lintuk promote korset jobian.


Quote Suchi 14-12-2022 06:09 PM
Iols tak perasan pun walau sokmo lalu situ
Quote pooh~key 14-12-2022 06:11 PM
Ada pulak polis masa nak layan report remeh kau sisthur?
Quote PetitionWriter 14-12-2022 06:12 PM
takkan sherry pun soft porn???

taste korang level2 acik @stingergrumpy jah

kohkohkohkohkohkohkoh
Quote jfq 14-12-2022 06:25 PM
Cer check ada permit pbt tak
Quote Kitty_catz 14-12-2022 06:57 PM
jovian punaisihat abah mail merangkap menantu tu ke? designer bodoh tapi dapat jadi BOD sana sini sinun??

no more nak mendonia dah la kau urang... skang ni jaman anak menantu wak jahit pulak...
Quote sambaldurian 14-12-2022 06:59 PM
orkid_amani: Sapa model yg bertudung pakai  ...

Nmpak model2 tu cm sherry, ning, ahli dolla, rozita cw dgn hujung ni mcm ifa raziah, cm rr pun ada. Korset tu kebetulan warna pinkish kulit, ntahla bg aku mcm biasa, bg pandangan lain tergugat nafsu la kot.
Quote sufi^_^ 14-12-2022 06:59 PM
sementara itu, pemakaian korset tak boleh turunkan berat badan, atau bakar lemak. Harap maklom.
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 07:07 PM
Suchi replied at 14-12-2022 06:09 PM
Iols tak perasan pun walau sokmo lalu situ

@takayama pulak gunting rambut dekat mana? Kedai mamak sebelah Pavillion Grill and Steak tu kerrwww?
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 07:11 PM
kechikchomel replied at 14-12-2022 06:07 PM
Kelasssss kak kaki. Gunting rambut kat kedai retis! Iolss g kedai nyonya Seksyen 4 tambahan tu je. ...

Mohon @syamzana pun disclose gunting rambut dekat mana, Seksyen 4 akak tak biasa sexplore paling jauh pun cuma beli tomyam dekat Suraya dengan melahap aiskrim Baskin Robbins jah
Quote Pajeri_Nenas 14-12-2022 07:14 PM
Bangi kan kota Bharu ke-2.ekikikiki
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 07:16 PM
Pajeri_Nenas replied at 14-12-2022 07:14 PM
Bangi kan kota Bharu ke-2.ekikikiki

Patutlah ada restoran D'Limau Nipis ikan bakar
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 07:17 PM
@honeybee1802 tak terasa nak gunting rambut?
Quote ReginaGeorge 14-12-2022 07:29 PM
Corset cuma cantik dipakai oleh org bertubuh langsing. Agent2 seller2 yg bertahun jual korset tu masih juga dgn bmi 36
Quote Kak-Rohana 14-12-2022 07:34 PM
Over dek.. anak2 korang dpt info dlm IG, dlm TikTok lebih pada softporn ade kt situ dek.. Korang ingat budak2 skrg dpt info dari library ke dek?
Quote tikusmontok 14-12-2022 07:41 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 07:16 PM
Patutlah ada restoran D'Limau Nipis ikan bakar{:mllaugh: ...

Restoran pelayan2 muka ketat idung tersumbat asap ikan bakar tu kah?

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.087771 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top