CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah Benar Rayuan, Kanak-Kanak Dilahirkan Di Luar Negara Oleh Ibu Warga Malaysia Berhak Mendapat Kerakyatan Malaysia

14-12-2022 04:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1521| Komen: 19

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan rayuan sebuah persatuan dan enam wanita supaya kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia.


Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Rayuan itu dibuat oleh Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, selain seorang wanita kelahiran luar negara, yang ibunya adalah warga Malaysia.


Gambar Hiasan


Semasa prosiding panel hakim juga menolak tiga persoalan dibangkitkan oleh peguam mewakili kerajaan selaku responden dalam kes itu, namun mahkamah akan mendengar lima persoalan daripada peguam pemohon.

Pada prosiding merayu yang akan ditetapkan tarikhnya kemudian, pihak-pihak yang terlibat diarahkan untuk berhujah mengenai lima persoalan perundangan antaranya mengenai peruntukkan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menghalang sebarang bentuk diskriminasi terhadap seseorang atas alasan jantina.

Pada 5 Ogos lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dalam keputusan 2-1 memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak layak untuk mendapat kewarganegaraan negara ini secara automatik.

Penghakiman tersebut sekali gus membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing di luar negara berhak melalui peraturan undang-undang untuk menjadi warganegara Malaysia.

Panel tiga hakim terbabit turut memutuskan mana-mana anak plaintif yang telah mendapat kewarganegaraan selepas keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, kewarganegaraan itu kekal sehingga kes itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Bagi permohonan-permohonan plaintif yang masih diproses, permohonan tersebut perlu `dibekukan’ sehingga kes dimuktamadkan.

Melalui saman pemula yang difailkan pada 18 Disember 2020, Family Frontiers antara lain memohon enam perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Perkara 8 (2) bagi memasukkan ibu rakyat Malaysia sebagai syarat untuk bayi yang dilahirkan di luar negara diberikan kerakyatan Malaysia secara automatik.

Antara lain, mereka meminta mahkamah mengeluarkan perintah kepada semua agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan semua dokumen membabitkan kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibunya iaitu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 04:54 PM
Dr Amalina Che Bakri tersenyum sinis
Quote Sazreena 14-12-2022 08:23 PM
Edited by Sazreena at 15-12-2022 07:51 AM

Dgn new gomen ni cam leh menang kot since skang kan dorang diperatiiiii..so kena lah tip top dalam 100 hari.
Quote Kak-Rohana 14-12-2022 08:28 PM
Setuju dek.. kalu pemain bola yg gred entah hape2 boleh dpt PR.. backpacker jd beachboy pun..knp pulak anak warganegara disisihkan dek?
Quote insulin 14-12-2022 08:41 PM
Kiranya anak2 plaintif ni boleh dapat dual citizenship ke?
Quote felinecat 14-12-2022 08:47 PM
Sazreena replied at 14-12-2022 08:23 PM
Dgn new gomen ni cam leh menang kot since skang kang dorang diperatiiiii..so kena lah tip top dalam  ...


Ade yb pH dlu pernah cakap die nak perjuangkan nasib stateless children jadi warganegara
Quote Azharitubunga 14-12-2022 08:53 PM
Lepas ni anak angkat pulak
Quote becir 14-12-2022 09:01 PM
Mat Dan sebab cakap ganu terus dapat pr tak sampai berapa tahun. Mmg bukan citizen but still takde kaitan ngan negara ni pun..
Quote BeskotCekelat 14-12-2022 09:06 PM
insulin replied at 14-12-2022 08:41 PM
Kiranya anak2 plaintif ni boleh dapat dual citizenship ke?

Dapat satu je. Sekarang ni undang2 Malaysia, anak lahir luar negeri ikut wargenegara bapak.
Kalau emak Malaysia kawin dengan omputih beranak kat oversea, anak tak layak apply warganegara Malaysia.
Kes rayuan ni nak dapatkan hak untuk emak nak me"warganera Malaysia kan" anak dia.


Quote Skuau 14-12-2022 09:20 PM
Acik..acik manis...kawen la sama saya..anak malesia..jugak-Abangla
Quote ellejo 14-12-2022 09:23 PM
felinecat replied at 14-12-2022 12:47 PM
Ade yb pH dlu pernah cakap die nak perjuangkan nasib stateless children jadi warganegara

yang meninggal tu kan?
Quote PetitionWriter 14-12-2022 09:38 PM
jantan betina pun tak reti beza

mcm acik2 forumer panggil forumer2 pondan PKNS ni akak

kohkohkohkohkohkohkoh
Quote rosedemon 15-12-2022 10:31 AM
ha sukati kome la xda kena mngena ngn iol
Quote nononcrux 15-12-2022 04:07 PM
Skuau replied at 14-12-2022 09:20 PM
Acik..acik manis...kawen la sama saya..anak malesia..jugak-Abangla

yang kokusen ni 10% je.. lebihnye bangla/indon
senang la hidup maju jaya.. pak bangla mak malaysia/ pak indon mak malaysia.. populasi kerakyatan meningkat drastik!
Quote dua_chzy 15-12-2022 04:15 PM
Azharitubunga replied at 14-12-2022 12:53 PM
Lepas ni anak angkat pulak

Bukan. Anak2 haram bin binti Abdullah dulu sis.
Quote faraway1 15-12-2022 04:27 PM
Masih kena pilih kan selepas sekian umur, buat dual citizen kan..
Quote Decaffeinated 15-12-2022 05:17 PM
BeskotCekelat replied at 14-12-2022 09:06 PM
Dapat satu je. Sekarang ni undang2 Malaysia, anak lahir luar negeri ikut wargenegara bapak.
Kalau  ...
anak tak layak apply warganegara Malaysia.
tak dapat kerakyatan automatik lah.

apa pulak tak layak apply.

Quote felinecat 16-12-2022 02:07 PM
nononcrux replied at 15-12-2022 04:07 PM
yang kokusen ni 10% je.. lebihnye bangla/indon
senang la hidup maju jaya.. pak bangla mak malaysia ...

Yg kawen bangla indon kompon le dpt warganegara sbb kompom mak duduk n beranak kt malaysia punye. Yg selalu xdpt warganegara tu sbb emak beranak oversea kawen kokesen. Ade juge golongan profesional
Quote edayildiz 16-12-2022 02:09 PM
kalau mak malaysian..apak turkiye..dpt la ye..tiber
Quote nononcrux 17-12-2022 12:12 PM
felinecat replied at 16-12-2022 02:07 PM
Yg kawen bangla indon kompon le dpt warganegara sbb kompom mak duduk n beranak kt malaysia punye.  ...

cite dia ni la.. yg indon dudk pulau batam lahir ank kat sana balik free-free jadi warga malaysia

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.070879 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top