CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Sempat Kirim Video Anak Main Air Sebelum Lemas

14-12-2022 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2887| Komen: 26

Seorang ibu sempat melihat anaknya bermain air menerusi video kiriman suaminya sebelum kanak-kanak berusia tiga tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, di sini, kelmarin.


Nurul Ain Bakri, 33, yang tinggal di Kampung Telari berkata, ketika kejadian dia berada di tempat kerja apabila suaminya menghantar klip video menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 4 petang.


MOHD. Sobrey Ramli tidak dapat menahan kesedihan selepas mayat Muhammad Sufi Eijas ditemukan selepas terjatuh ke dalam tali air Kampung Kebor Besar, Manir, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Katanya, setengah jam kemudian suaminya, Mohd. Sobrey Ramli, 32, menelefon dan memintanya pulang setelah anak kedua mereka, Muhammad Sufi Eijas terjatuh ke dalam tali air.


“Semalam (kelmarin) memang suami tidak bekerja dan dia membawa tiga anak kami bersiar-siar sementara menunggu saya balik kerja serta menghantar anak sulung ke kelas mengaji.

“Di dalam video itu dia sedang bermain air tetapi saya tidak perasan ada jambatan kerana limpahan air banjir terlalu tinggi. Saya dengar suami berpesan kepada anak supaya tidak bermain terlalu jauh.

“Malah saya menyangka suami dan anak-anak hanya bersiar-siar di sekitar rumah kami memandangkan mereka tidak pernah berkunjung ke kawasan tali air itu.

“Selepas menerima panggilan telefon dari suami, saya bergegas ke tempat kejadian dan sebaik sahaja tiba pada pukul 5 petang, pasukan penyelamat sudah memulakan selaman,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mayat Muhammad Sufi Eijas ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat di tali air Kampung Kebor Besar pukul 11.34 pagi, semalam.


Muhammad Sufi Eijas

Nurul Ain memberitahu, sebelum kejadian Muhammad Sufi Eijas menunjukkan perubahan sikap selain mengakui terkilan tidak sempat memeluk dan mencium anaknya itu ketika bertolak ke tempat kerja.

Katanya, dia menyedari anak kedua dari tiga beradik itu tidak manja seperti biasa dan lebih banyak mendiamkan diri ketika di rumah bersama ibu bapa serta adik-beradik yang lain.

“Kebiasaannya dia datang memeluk dan mencium saya sebelum tidur namun malam sebelum kejadian dia tidak berbuat demikian, sebaliknya terus ke bilik tidur selepas makan malam.


NURUL Ain Bakri menunjukkan gambar Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey yang ditemukan lemas di tali air Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

“Pada pagi hari kejadian pula, dia meminta dihantar ke rumah nenek di Kampung Baru Tetambah kerana sudah tiga hari tidak ke sana dan tidak mahu duduk bersama ayahnya di rumah.

“Saya reda dengan kejadian ini dan walaupun ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa, saya bersyukur jasadnya dijumpai dalam keadaan sempurna,” katanya. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 14-12-2022 05:11 PM
mesti si bapak menyesal x sudah..banyakkan bersabar ye Allah lagi sayangkan arwah..
Quote jazaa100 14-12-2022 05:39 PM
Jgn percaya lelaki jaga ank...
Quote shernazz 14-12-2022 05:45 PM
Mesti ada soalan perubahan sebelum mati kan...
Kesiannya lah..kalau iols..meraung ooo..
Quote mejaputih 14-12-2022 06:40 PM
Musim hujan lebat banjir ni jgn la bawa anak2 main kwsn tali air atau sungai atau pantai...
Quote akies 14-12-2022 06:51 PM
Kena berwaspada..musim hujan dan banjir ni..
Banyak kes lemas
Quote ladybugz 14-12-2022 06:53 PM
innalillah. syurga la tempat mu anak. tetapi sy sgt terkesan dgn umur kanak2 3 tahun boleh lag merekod di tangan sambil membiarkan anak yg begitu kecil bermain air berdekatan tali air  tanpa pegang tangan dlm musim tengkujuh di sana. seperti x tak terjangkau dek akal fikiran.
Quote Babai 14-12-2022 06:56 PM
Tak didakwa atas sebab kecuaian ke?
Quote naisyahmh 14-12-2022 08:19 PM
jazaa100 replied at 14-12-2022 05:39 PM
Jgn percaya lelaki jaga ank...

Setuju sangat.. Perempuan pun kadang sama je.. Mak pak p berasmaradana kat  pool dewasa.. Tinggal anak 2 3 tahun dekat pool budak xde pengawasan.. Ingat ada pelampung tu selamat Sgt ke? Kita pulak nak kena tengok anak dia..
Quote naisyahmh 14-12-2022 08:20 PM
Babai replied at 14-12-2022 06:56 PM
Tak didakwa atas sebab kecuaian ke?

Patut didakwa
Quote naina 14-12-2022 10:28 PM
Kenapa bapaknya tak terjun selamatkan anak terus. Adoi ralatnya rasa
Quote margo20 14-12-2022 10:31 PM
Org laki gitu ler kalau jaga anak lagi lagi yg lebih seorang
Quote Firenzza 14-12-2022 10:45 PM
Sibuk berwassap ke sampai ank lemas pun x sedar
Quote dua_chzy 14-12-2022 11:07 PM
naisyahmh replied at 14-12-2022 12:19 PM
Setuju sangat.. Perempuan pun kadang sama je.. Mak pak p berasmaradana kat  pool dewasa.. Tinggal  ...

Lain kali biar aja lemas sis.
Quote dua_chzy 14-12-2022 11:08 PM
Babai replied at 14-12-2022 10:56 AM
Tak didakwa atas sebab kecuaian ke?

Patutnya didakwa membunuh tanpa niat. Semoga gomen Anwar boleh laksanakan menda ni dengan segera.
Quote uori 14-12-2022 11:23 PM
Babai replied at 14-12-2022 06:56 PM
Tak didakwa atas sebab kecuaian ke?

kalau makpak dimaafkan, kalau bukan makpak memang sengaja lalai cuai leka

Quote supernaturalee 14-12-2022 11:23 PM
Babai replied at 14-12-2022 06:56 PM
Tak didakwa atas sebab kecuaian ke?

Msia sister
Akta bagai ada
Tp mcm xpnh pun sabit

Hujung2 reda jer

Lps tu again and again jadikkk lagi
Quote supernaturalee 14-12-2022 11:24 PM
dua_chzy replied at 14-12-2022 11:08 PM
Patutnya didakwa membunuh tanpa niat. Semoga gomen Anwar boleh laksanakan menda ni dengan segera.

membunuh tanpa niat


Setuju. Proceed
Quote rayray28 15-12-2022 12:04 AM
naina replied at 14-12-2022 10:28 PM
Kenapa bapaknya tak terjun selamatkan anak terus. Adoi ralatnya rasa

Dgr citenya dh terjun tp x jumpa..maybe beberapa saat dh terjatuh br tersedar kot..x tau laa moga bertabah mak ayah
Quote clarizsa 15-12-2022 12:23 AM
Banjir2 p bawa budak kecik main air
Mendapatlah
Harap menyesal sampai tua lah kot
Takziah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.242122 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top