CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pejabat Parlimen Eropah Digeledah Polis

14-12-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 588| Komen: 1

Polis Belgium menggeledah pejabat Parlimen Eropah sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan rasuah dan penyelewengan selepas barisan pemimpin kanan Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran mengenai kepincangan kredibiliti dalam EU, lapor akhbar The Guardian kelmarin.


Pendakwa raya persekutuan Belgium memaklumkan bahawa pihaknya telah melakukan 20 operasi penggeledahan sejak Jumaat lalu termasuk 19 di rumah persendirian dan satu di pejabat Parlimen Eropah.

Awal hari sama, pihak berkuasa Greece mengarahkan aset milik Ahli Parlimen Eropah (MEP) yang terlibat dalam siasatan rasuah tersebut disita.


Sidang dewan pleno permulaan sesi parlimen Eropah di Strasbourg, Perancis pada Isnin lalu. – EPA


Empat individu didakwa terlibat dengan organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah, lapor pendakwa raya Belgium Ahad lalu. 

Ia adalah sebahagian daripada siasatan menyeluruh mengenai percubaan oleh sebuah negara Teluk yang dinamakan oleh media Belgium sebagai Qatar, untuk membeli pengaruh dengan menawarkan wang tunai dan hadiah mewah.

Polis merampas komputer, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah €600,000 (RM2.8 juta) di sebuah rumah, serta wang €150,000 (RM700,353) di sebuah flat milik seorang ahli MEP dan ‘beberapa ratus ribu lagi’ di sebuah bilik hotel di Brussels, jelas pendakwa raya.

Akaun teknologi maklumat (IT) 10 kakitangan parlimen juga  dibekukan bagi mendapatkan data untuk siasatan. Tujuan pencarian di pejabat Parlimen Eropah adalah untuk merampas data, kata pendakwa raya.

Tiada suspek yang didedahkan secara rasmi, tetapi media Belgium menamakan ahli MEP Greece, Eva Kaili antara empat yang ditahan.

Ahli-ahli MEP dijangka mengundi dalam tempoh 48 jam akan datang sama ada mahu melucutkan jawatan Kaili sebagai salah seorang daripada 14 Naib Presiden Parlimen Eropah.

Akhbar The Guardian mendapat laporan bahawa sekurang-kurangnya empat anggota Parlimen Eropah telah menarik diri daripada peranan dalam Parlimen sementara siasatan ke atas mereka dilakukan.

Pendakwa raya berkata, pihaknya mengesyaki selama berbulan-bulan bahawa sebuah negara Teluk telah berusaha untuk mempengaruhi keputusan di Parlimen Eropah. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo04 9-12-2024 07:56 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.147969 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top