CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh Buat Amalan Sihir, Guru Rasis Bengang Pelajar Solat Dalam Pejabat

14-12-2022 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1834| Komen: 13

Seorang guru dirakam berkelakuan rasis terhadap pelajarnya yang beragama lain.

Menerusi video tular, guru berkenaan dilihat mengganggu pelajar Muslim ketika mereka menunaikan solat di Akademi Franklin, di Pembroke Pines, Florida, Amerika Syarikat (AS).



TikTok

Ketika tiga pelajar terbabit menunaikan solat, kedengaran suara leteran guru berkenaan yang jelas tidak menggemari ibadah tersebut dilakukan di dalam pejabatnya.

"Ini pejabat saya dan anda semua sedang melakukan sihir," kata guru tersebut.

Dia kemudian seolah-olah meniup wisel bagi menarik perhatian mereka, sebelum bertindak biadab melintasi di hadapan salah seorang pelajar yang sedang sujud.


Lebih menyakitkan hati, dia dilihat menendang tangan pelajar terbabit.

Pada masa sama, pelajar terbabit tidak mengendahkan perbuatan guru berkenaan dan tetap meneruskan ibadah itu.



Berikutan video tular yang mencetus kemarahan di media sosial itu, guru terbabit dipecat selepas pihak sekolah  menyiasat perkara tersebut.

Menerusi satu kenyataan, ia menegaskan bahawa tiada sebarang tolak ansur dan kompromi berhubung sebarang tingkah laku diskriminasi.


Sumber: Majoriti





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 14-12-2022 07:07 PM
Erm , cmne nk ckp eh sbb america tu majority bkn muslim, either salah pilih tempat beribadat ke. Sbb klu kacau public tu quite salah la, mcm kita tetiba solat dekat laluan awam ke , kita pun x suka la kn. Sekolah tu xde stor ke , sbb cara dia buat kt pejabat. Tu aku x fhm situasi tu.kita pun klu ada agama lain buat kt laluan awam ( area pejabat pun) kita x suka.
Quote Dovahkiin 14-12-2022 07:35 PM
Betul la tu, kenapa solat dlm bilik guru? Klu tgk dia rakam & senyum2, mcm saje nak provok. Takkan takde satu pun bilik khas yg bole guna utk solat? Mungkin diorang mmg tau cikgu tu rasis, tp sbg seorang muslim, tak bole la buat mcm tu.
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 07:39 PM
Go back to ereb fadang fasir berdengung you damn idiot!, ujar guru itu kepada pelajarnya
Quote Innrukia 14-12-2022 07:39 PM
company lama aku dulu, HQ one of the business kat US ada prayer room lagi.. mcm surau kita kat sini, siap dgn sejadah...terkujat aku aku bila admin sana tunjuk
Quote makita 14-12-2022 07:43 PM
Dah kenapa solat dlm pejabat org. Cari la kelas kosong ke x boleh ke
Quote orangbiasaje 15-12-2022 12:58 AM
Masalahnya kenapa dalam ofis org? Kenapa tak bilik sendiri ataupun bilik club? Tak mengganggu ke?
Quote margo20 15-12-2022 10:06 AM
Nape budak blkg tu mcm gelak gelak je? Adoi nk solat pun kena rakam bagai
Quote KamikuP 15-12-2022 02:10 PM
Saja carik psl nak memburukkan Islam ke punde*?
Quote stingergrumpy 15-12-2022 02:15 PM
Innrukia replied at 14-12-2022 07:39 PM
company lama aku dulu, HQ one of the business kat US ada prayer room lagi.. mcm surau kita kat sini, ...

Apa yg dlm hidup ko yg ko tak takujat?

Laki mintak tambah bini sorang lagi pun ko nak rasa takujat....? And you think because all this while ko tak rasa diri ko berkurangan pun sebagai isteri pada laki dan ibu pada anak anak kheunz?
Quote awanearisu 15-12-2022 06:29 PM
Edited by awanearisu at 15-12-2022 06:41 PM

Screenshot_20221215_182727_com.reddit.frontpage_edit_699255405639133.jpg

Sumber:
Reddit


Kenyataan dari pihak sekolah:



Sumber: Akhbar Local10
Quote hasniey 15-12-2022 06:35 PM
Org2 forum belum apa2 dh buruk sangka dgn budak2 ni.pdh cikgu tu terang2 salah smpai kena pecat.ni kalau org agama lain yg kena terus backup macam xde hari esok.
Tp bila org islam kena buli ada je buruk sangka org islam tu yg salah.
Quote awanearisu 15-12-2022 06:54 PM
Sambungan:

Screenshot_20221215_185135_com.reddit.frontpage_edit_700703703740475.jpg

Sumber: Channel 8 News
Quote boo04 9-12-2024 07:56 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.102017 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top