CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aksi Ngeri Budak Panjat Pagar Balkoni Pangsapuri, Pergi Rumah Jiran Sebelah Sbelum Patah Balik Semula

14-12-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1754| Komen: 6

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak melakukan aksi ngeri apabila bertindak berani memanjat pagar besi di balkoni rumahnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri yang tidak diketahui lokasi tersebut.


Video kanak-kanak itu memanjat pagar balkoni tular selepas dimuat naik pengguna media sosial sekali gus mengundang kerisauan orang ramai.

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak yang tidak diketahui jantinanya itu memanjat pagar balkoni rumahnya serta ke rumah jiran di sebelah, sebelum berpatah semula ke kediamannya.



Tidak kelihatan orang dewasa di bahagian balkoni rumah kanak-kanak tersebut selain tidak dapat dipastikan aras ketinggian pangsapuri itu.

Malah, kedengaran suara seorang wanita menjerit memanggil ‘adik, adik’ bagi meminta kanak-kanak tersebut turun daripada pagar balkoni.


Menjengah ke ruangan komen, pengguna melahirkan rasa bimbang dengan keberanian kanak-kanak tersebut memanjat pagar balkoni.

“Ya Allah, kalau jatuh. Mana ibu ayah dia,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Memang sebaik-baiknya rumah tinggi macam ini, kena ada jeriji atau pagar biar tinggi. Tahun lepas di blok rumah saya, budak jatuh dari tingkat tiga. Nasib baik budak itu patah kaki saja, seram juga,” kongsi seorang lagi netizen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 14-12-2022 04:38 PM
Ko sekali terpeleset, terus ke alam sebalik mata dik oi! Nauzubillahminzalik.

https://mykmu.net/2021/11/12/seriau-tengok-aksi-kanak-kanak-panjat-pagar-berdiri-luar-balkoni-undang-risau-video/
Quote rosedemon 15-12-2022 10:29 AM
elok jatuh je baru la berita jadi gempak
Quote KamikuP 15-12-2022 12:41 PM
Mak bapak bifoti sgt ke takde bajet pasang grill?
Quote PetitionWriter 15-12-2022 12:56 PM
mantap arr

berani

tak mcm forumer2 gay pondan pedo etis ni

dengan lipas pun takut

dah la pemalas

tau dia berforum 24 jam

kohkohkohkohkohkohkohkoh
Quote darkness 15-12-2022 01:02 PM
Longlai kaki iols tetiba
Quote boo04 9-12-2024 07:56 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056674 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top