CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kalau Nak Dibandingkan Dengan Kisah Nabi...' - Dr Wan Azizah Reda Diejek Isteri Banduan

14-12-2022 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 890| Komen: 4

Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Sri Dr Wan Azizah mendedahkan beliau pernah menerima ejekan daripada orang ramai hanya karena status suaminya yang pernah dipenjarakan suatu ketika dahulu.


Reda dengan cemuhan yang dilemparkan, Azizah, 70, bagaimanapun menganggap mereka di luar sana tidak mengenali dirinya yang sebenar.

“Saya banyak kali dipandang hina dan dipandang rendah sehingga ada orang pernah panggil saya isteri banduan, dipanggil sebegitu atau dicemuh ketika saya berkempen.


IG Dr Wan Azizah

“Pada saya tidak mengapa, kerana mereka tidak kenal saya. Tak kenal saya maka tak cinta. Saya terima sahaja. Bagaimanapun apa yang saya mahu hanyalah reda Allah.


“Reda Allah yang buat saya kuat, saya boleh je terima apa jua kerana kalau nak dibandingkan dengan kisah Nabi lagi banyak dikecam berbanding dengan saya ini sedikit sahaja,” katanya.

Azizah berkongsi perkara tersebut menerusi satu sesi temubual khas yang dimuat naik di YouTube rasmi Nona yang dihoskan oleh Kiffy Razak baru-baru ini.

Dalam masa sama, Azizah berkata perkara yang terjadi ke atas dirinya itu adalah ujian yang diturunkan oleh Tuhan. Malah, beliau percaya dengan adat kehidupan yang ada pasang dan surut.


IG Dr Wan Azizah

“Kalau ini ujian Allah, saya terima. Saya hanya bersabar anggap ini ujian daripada Allah untuk saya. 

“Kalau nak cemuh saya tidak mengapa, dunia ini ada pasang surut, kerana dunia ini berputar,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar telah terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa dan liwat pada 1998. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun pada 1999, selain hukuman penjara selama sembilan tahun bagi kesalahan seks luar tabii (liwat).



Sementara itu, beliau sekali lagi didakwa dengan tuduhan liwat membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan menyaksikannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh pada 2015, sebelum memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018.


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 14-12-2022 05:28 PM
Sebaik baik perhiasan diatas muka bumi ini adaler seorang isteri yg soleh....

Kakarosipinki tersenyum menggedikz
Quote mobalog 14-12-2022 05:35 PM
kisah laki kau memang lagi sedey dari kisah nabi sis , nabi suruh jangan jadi  lgbt sedanglaki kau plak melawan perintah nabi
Quote stingergrumpy 14-12-2022 05:41 PM
mobalog replied at 14-12-2022 05:35 PM
kisah laki kau memang lagi sedey dari kisah nabi sis , nabi suruh jangan jadi  lgbt sedanglaki kau p ...

Taat setia seorang isteri pada suami iteww selagi suami tidak menyuruh isteri melakukheun kemungkaran....dan perkara perkara yg melanggar syariat agama iteww sendiri..

Laki ko takda didik ko bab ini?
Quote boo04 9-12-2024 07:56 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035383 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top