CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letupan Tong Gas, Bakal Pengantin Yang Melecur Hampir Seluruh Badan Kini Stabil Namun Masih Ditidurkan

14-12-2022 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3008| Komen: 20

TASEK GELUGOR: Bakal pengantin yang melecur hampir seluruh badan selepas terkena letupan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini semalam dilaporkan semakin stabil.


Adik mangsa, Muhammad Azib Muhamad, 25, bagaimanapun berkata, kakaknya, Siti Hajar Hanis Muhamad, 26, terpaksa ditidurkan susulan kecederaan yang dialaminya.

Katanya, Siti Hajar yang pada mulanya menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) telah dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).


Foto: Utusan

“Sepatutnya kakak dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana di sana ada pakar kulit (dermatologi), namun setakat ini masih tiada katil kosong.


“Buat sementara waktu, rawatan diteruskan di HSJ dan pihak hospital akan maklumkan sekiranya ada tempat untuk kakak di HPP nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Azib berkata, keluarganya akan menunggu Siti Hajar sedar terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada pernikahan kakaknya akan diteruskan atau sebaliknya.

“Kami ada berbincang dengan tunang kakak dan sekiranya keadaan mengizinkan, mungkin boleh langsungkan akad nikah dahulu.

“Bagaimanapun, ini semua bergantung kepada tahap kesihatan kakak nanti,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang bertanya khabar selepas mengetahui kejadian yang menimpa mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada penduduk dan jiran yang mengadakan bacaan Yassin, begitu juga dengan saudara yang sanggup datang dari Pahang dan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar.

“Buat masa ini, saya dan isteri, Marsitah Md. Zaki, 25, tinggal di rumah ibu bapa saya di Lubuk Meriam sementara menguruskan kediaman kami yang hampir rosak sepenuhnya akibat letupan itu,” katanya.

Kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku semasa mangsa mahu menggoreng ikan sebelum gas memasak tersebut tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan siling dan dinding rumah teres dua tingkat berkenaan turut roboh. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 14-12-2022 04:01 PM
Rumah cantik wei. takde rezeki betol. bersih diletopkan tong gas
Quote noor2 14-12-2022 04:06 PM
Ya Allah kesiannya..moga tunangnya setia
Quote MoonRise 14-12-2022 04:17 PM
Kesiannya. Dah la bakal kahwin.
Nak paksa tunang terima pon, tak boleh jgk. Dia yang nak hidup sama2 nanti.
Tapi kalau jodoh kuat, insyaAllah  
Quote prettyuglybabe 14-12-2022 04:38 PM
rumah tu rumah siapa sebenarnya..
mangsa atau adik laki dia punya?
Quote kotakbaju 14-12-2022 05:41 PM
Takutnya apa punca yang boleh meletup tul
Quote Jitu 14-12-2022 05:47 PM
kesiannya semoga cepat sembuh
Quote Jitu 14-12-2022 05:58 PM
Edited by Jitu at 14-12-2022 05:59 PM
kotakbaju replied at 14-12-2022 05:41 PM
Takutnya  apa punca yang boleh meletup tul

biasanya sbb gas bocor
sy guna jenis yg ada gauge tu blh tahu klu ada bocor

[attach]2578294[/attach]
Quote Suchi 14-12-2022 06:24 PM
Kesiannya rasanya mak pak dia bkn patut tanya pernikahan nak diteruskan atau tangguh tp better tanya adakah tunangnya tu masih nak menikah ngn dia.
Kalau dah melecur satu badan keadaan fizikal dia dah tentu tak sama lagi.
Keluarga sah2 akan tetap menerima dia walau cemana keadaan tp tunang dia? Keluarga bakal mertua?
Proses penyembuhan pun akan amik masa yg lama kalau dorang kawen mampukah bakal suami dia bersabar?
Apapun terserah kpd bakal suami dia laa jika ikhlas nak terima pastikan bebetul ikhlas bukan terpaksa sbb kesian atau sbb takut kena kecam ke apa.
Quote makita 14-12-2022 07:41 PM
Kalau pintu atap semua mcm terhebus keluar...minah ni agak2 terpelanting mcmana agaknya. Moga lekas sembuh dan dipermudahkan urusan. Aamiin
Quote orenmango 14-12-2022 08:13 PM
Masya Allah, mesti dia dalam kesakitan sangat. Ya Allah berilah kesembuhan dan kemudahan untuknya.
Quote nazzse 14-12-2022 08:18 PM
Rumah mak ayah diaorang bagi 2 beradik ni. Parents stay rumah lain.
prettyuglybabe: rumah tu rumah siapa sebenarny ...
Quote kotakbaju 14-12-2022 10:15 PM
Jitu replied at 14-12-2022 05:58 PM
biasanya sbb gas bocor
sy guna jenis yg ada gauge tu blh tahu klu ada bocor

Apa gauge tu taktahu

Lepas baca berita ni tadi petang terus cabut kepala gas. Tetiba risau.
Quote supernaturalee 14-12-2022 11:41 PM
orenmango replied at 14-12-2022 08:13 PM
Masya Allah, mesti dia dalam kesakitan sangat. Ya Allah berilah kesembuhan dan kemudahan untuknya.

Amin




Quote rosedemon 15-12-2022 10:29 AM
laiknya nak lagi ke melecur habis tu? time ni la nak uji ksetiaan
Quote Jitu 15-12-2022 02:14 PM
kotakbaju replied at 14-12-2022 10:15 PM
Apa gauge tu  taktahu

Lepas baca berita ni tadi petang terus cabut kepala gas. Tetiba risau. ...

yg ni

00000000.jpg
ni ada meter blh tahu bila gas nak habis dgn bocor
klu tiba2 bau mcm gas bocor tutup valve dia tu tp jgn cabut pastu tengok jarum turun ke tak
bila ada penurunan kat jarum tu maknanya ada gas bocor
lg satu bila tengah masak takde la kalut bila tiba2 gas habis sbb bila jarum dah kat paras kuning tak lama nak habis tu
blh standby tong gas lain
Quote Cassieopeia 15-12-2022 02:29 PM
gas bocor la kan, bahayenye la..tetiba rasa tiap kali lps msk kne cabutla.. xpn kne tukar kepala tu
Quote paz 15-12-2022 02:39 PM
Dasyat betul impak dia.
Quote wikedsaikel 15-12-2022 02:46 PM
Ada harapan hidup ke? Sedih aku bila tengok gambar dia yg happy tu.
Quote kotakbaju 15-12-2022 04:01 PM
Jitu replied at 15-12-2022 02:14 PM
yg ni



Ooo macam ni rupanya. Baru tau ada penunjuk level gas tu. Memang selalu sangat tengah masak mendidih kuah ke apa tup2 gas abeh. Dah nak kena tunggu pulak orang mai hantar gas baru. Nti iols pi cari lah. Thanks.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056918 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top