CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haqiem Stopa Didakwa Simpan Gambar Dan Video Lucah Bekas Kekasihnya Dalam Dua Telefon Bimbit

14-12-2022 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3938| Komen: 35

SELAYANG: Ikon permotoran, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon bimbit, minggu lalu.


Tertuduh atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa menyimpan gambar dan video lucah gadis berusia 21 tahun itu dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya.

Pemuda itu yang mempunyai sejuta pengikut dalam aplikasi TikTok di bawah nama `haqiemstopa’, didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 4.30 petang 9 Disember lalu di sebuah rumah di Rawang di sini.


Foto: IG

Pertuduhan terhadap Muhammad Sadzri dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan pemuda yang dilabel sebagai ikon permotoran itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan pada 23 Februari depan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili Muhammad Sadzri memohon jaminan dikurangkan atas alasan dia bekerja sebagai pencipta kandungan dan perlu menanggung ibu bapa yang uzur.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) itu berkata, tertuduh akan dijamin oleh kakaknya.

Media pada 10 Disember lalu melaporkan, polis menahan seorang pemuda yang juga ikon permotoran kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek ditahan sehari sebelumnya untuk siasatan selepas selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.

Suspek direman empat hari hingga semalam bagi membantu siasatan. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 03:23 PM
Abang janji lepas rakam abang delete
Quote alesandra 14-12-2022 03:26 PM
Dah ada menteri baru ni lucut jela ikon pangai musibat gini .
Quote cicicumel 14-12-2022 03:26 PM
Dia ni yg dijemput bagi talk kat sekolah kan? Hahaha
Quote tri-max 14-12-2022 03:30 PM
mesti menyesal pihak sekolah yg jemput dia beri ceramah tuhh
perangai macam hanat nih korang nak wariskan pada generasi baru
mmg haremmmm
Quote lasagna 14-12-2022 03:32 PM
ikon lah sgt.. haa hadapppppp...
Quote sufi^_^ 14-12-2022 03:33 PM
muka mintak telapak kaki
Quote makiting 14-12-2022 03:36 PM
Apa kateria dia layak utk diangkat sbg ikon yea? Selain diaorg ni ramai followers yg blh dibeli aje jumlah tu
Quote cattiecute 14-12-2022 03:43 PM
awek muka tua dia tu baru umur 21 ke? ingat janda anak sorang dah
tolong leakkan video tu supaya acik forum boleh buat penilaian kualiti
Quote CiliPadiSedap 14-12-2022 03:55 PM
Siapa jemput ikon motor porno ke?
Quote CiliPadiSedap 14-12-2022 03:56 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 03:23 PM
Abang janji lepas rakam abang delete

Abg delete tapi ada lg dalam memory card. Hahaha
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 03:57 PM
CiliPadiSedap replied at 14-12-2022 03:56 PM
Abg delete tapi ada lg dalam memory card. Hahaha

Abang jaat
Quote rbmy 14-12-2022 04:01 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 03:23 PM
Abang janji lepas rakam abang delete

kan percaya sgt.. camana jdi ikon camni..
Quote Themilo 14-12-2022 04:04 PM
sapa suruh simpan gambar lucah pompuan? baik kau simpan gambar terlarang @Kurex jaa.. mungkin boleh amang sekali kan?
Quote renko 14-12-2022 04:17 PM
silancau matjargon yg beriya aritu
Quote MoonRise 14-12-2022 04:18 PM
Perangai macam gini pon ramai pakat buat idola.
Minta dijauhkan la dari anak sendiri
Quote TomyamPuteh 14-12-2022 04:24 PM
Bang Stopa pun ada napsu gak.
Quote Kurex 14-12-2022 04:32 PM
Themilo replied at 14-12-2022 04:04 PM
sapa suruh simpan gambar lucah pompuan? baik kau simpan gambar terlarang @Kurex jaa.. mungkin boleh  ...

Iols akan pastikan atas bawah dia dah trim baru boleh amang iols
Quote prettyuglybabe 14-12-2022 04:33 PM
lagak macam kaya guna lawyer free?
gila punya kedek or gila punya miskin?
Quote kasibiman 14-12-2022 06:27 PM
Edited by kasibiman at 14-12-2022 06:28 PM

So Aku nak tahu menteri bertanggungjawab yg lambung mamat ni sebenarnya jilat pesen apa sampai bangsat masarakat cenggini Di jadikan rujukan utk anak bangsa?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069811 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top