Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong menolak gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19. “Beliau (Yang di-Pertuan Agong) lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji dari kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini. “Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini. Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan. – CARI
Sumber: Kosmo
|
Orix replied at 14-12-2022 03:06 PM
alahai. nak membodohkan ummah yg bodoh boleh lah.... si syed saddiq tu ha jd muntri 22 bulan je pun ...
margo20 replied at 14-12-2022 03:16 PM
tak habis habis lg ke cte pasal tak amik gaji ni
Buritan replied at 15-12-2022 08:42 AM
Baru 22 bln ade 2 juta.. patutla verebut nak masuk politik.. ujian depa duit no..
ADVERTISEMENT