Pendakwah terkenal, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana ada penampilan dirinya. “Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” katanya. Hantaran beliau yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Ahli Majlis Dakwah Negara itu turut mencetuskan perasaan simpati daripada ramai netizen tempatan.
Forum tersebut dijadualkan pada 9 malam ini turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli. Ia sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad di Kelana Jaya, Selangor dengan tajaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad.-CARI Sumber: Kosmo
|
mamajawie replied at 14-12-2022 07:50 AM
x paham kenapa dia ni kena banned..spill tea please..x kan sebab anak dia layan ponen kot?
Themilo replied at 14-12-2022 03:57 PM
sebab nak jaga hati kot? firasat weols macam tuh.. hati siapa? chuols belek la artikel-artikel tul ...
Qaseemah replied at 14-12-2022 04:07 PM
Saya setuju juga yg ni. Sebab dulu saya follow tulisan dia. Cara dia melontarkan idealogi lebih me ...
Skuau replied at 14-12-2022 04:41 PM
yer..ada orang dia sendiri ngata dia..'lebih melayu drp melayu'...pernh terbaca.
dani-rox replied at 14-12-2022 04:43 PM
self hating chinese
Themilo replied at 14-12-2022 03:57 PM
sebab nak jaga hati kot? firasat weols macam tuh.. hati siapa? chuols belek la artikel-artikel tul ...
Skuau replied at 14-12-2022 03:35 PM
sb...'dendam seusia dunia'....ke ni???
Themilo replied at 14-12-2022 03:57 PM
sebab nak jaga hati kot? firasat weols macam tuh.. hati siapa? chuols belek la artikel-artikel tul ...
ADVERTISEMENT