CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[Brader] Lelaki Lebih Banyak Rahsia Dari Wanita

8-9-2015 07:06 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 8846| Komen: 23

Description: ukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa....
Oleh : Fyruz Hanna


Walaupun dalam kebanyakkan tulisan yang kita baca itu menerangkan betapa wanita makhluk bersifat paling rumit dan kompleks. Sebenarnya lelaki juga tidak terkecuali. Bahkan hakikatnya bukan sedikit namun banyak lelaki yang sukar difahami.

Wanita walaupun serahsia mana mereka, mereka masih lagi mampu meluahkan dengan kata-kata pada mereka yang dianggap rapat namun lelaki lebih rela menelan perasaan itu.  Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka:

Sifat lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan
Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ."

Sahabat yang paling baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

Lelaki mesra tanpa emosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.  -CARI Infonet.

sumber:Hmetro
10

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
14

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan_mahsuri 12-2-2009 11:23 AM
Lelaki lebih berahsia

Lelaki lebih berahsia

Memang pun....dah cari spare-part lain takkan nak bising2 laksss...

Bahasa lelaki adalah berlainan

Tu arrr...oang biasa cakap BM ngan English, laki sker cakap urdu

Lelaki suka membisu

bukan takat bisu jer....pekak skalik....

Lelaki tidak kompleks

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. memang primitif pon......
Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

perghhh....tak cayer IM....kalau bukak sesi persidangan di warong mamak, macam2 citer dia bukak.....

Lelaki pentingkan kejujuran

pompuan pon pentingkan kejujuran gakss...

Lelaki tidak suka dikritik

Tapi kalu oang laki kritik pompuan....pedih wooo....
Papandai jerrr nak kritik org...bila kena batang idung sendri, melompat tak tentu hala....

Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.


Lelaki mesra tanpa emosi

Susah nak dapat yg beremosi....stone jerrr....
Quote nidzhar 12-2-2009 11:38 AM
tepuk tangan
Quote QAX 12-2-2009 11:52 AM
hidup gay!!
Quote hike80 12-2-2009 12:20 PM
atikel yg menarik
Quote matryoshka7 12-2-2009 04:01 PM
emm..lelaki ni mmg ade sikap reserved nye sendirik....

kalo tanya nanti ade yg jwb perlu ke ckp? or perlu ke nak panjang2kan citer??...

hehehehehe....
Quote lili_haryani 12-2-2009 04:26 PM
cam lepas geram jer nih
Quote intan_mahsuri 12-2-2009 04:49 PM
Originally posted by lili_haryani at 12-2-2009 04:26 PM
cam lepas geram jer nih

tak arrr...
IM sesajer provoke jerrr....
Quote anonymous5050 12-2-2009 05:52 PM
mmg pn.............

tmbh lagi.........

LELAKI XSUKE DIPROVOKE

==> yela....sbb klu diprovoke abis sume rahsia t'bongkar.........kotla
Quote K.I.M 12-2-2009 05:59 PM
Quote lili_haryani 13-2-2009 10:07 AM
ye betol ni..
aku pernah wat..
soal skit je..aku putar belit skit abih sume cerite kuar..
kalo aku belit lagi tak tau pe plak yang kuar...
Quote itik_magic 13-2-2009 10:18 AM
x nak provoke aku ker?
Quote jazim 15-2-2009 07:24 PM
Agen perisikan pun banyak berahsia gak!
Quote FreeMen 15-2-2009 07:57 PM
dirty little secret!

Quote sosimple 15-2-2009 09:26 PM
mungkin sbb malas nak bising2
Quote FreeMen 15-2-2009 10:22 PM
bising nanti gado..

Quote sosimple 15-2-2009 10:33 PM
gado tuh sbb nak attention jer
Quote FreeMen 15-2-2009 10:47 PM
nak pujuk senang tapi nanti si pompuan ngada lebih2 lak..

Quote sosimple 15-2-2009 11:18 PM
kasi kiss jer nnti dia diam

kalo dpt pompuan yg malas nak gado2 plak cemana.. laki plak yg gedix2 nak attention!! miayahahaha
Quote FreeMen 15-2-2009 11:45 PM
a'ah.. nanti kalau dia membebel i kiss je..



i x penah gedik2.. jumpe pompuan gedik slalu..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.061432 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.