CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Parlimen Pembangkang Ditahan Kerana Gesa Perdana Menteri India Dibunuh

14-12-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 534| Komen: 1

Seorang ahli parlimen pembangkang terkemuka dari parti Kongres Kebangsaan India (INC) di negeri Madhya Pradesh, Raja Pateria, ditahan pada Selasa susulan gesaannya supaya Perdana Menteri Narendra Modi dibunuh, lapor media tempatan.


Video ucapan Pateria kepada ahli parti tersebar di media sosial pada Isnin. Beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata mendorong sekumpulan orang untuk "bersedia membunuh" Modi untuk "menyelamatkan" perlembagaan.


Modi (kiri), Pateria (kanan)

Berikutan kenyataan itu, kerajaan Madhya Pradesh mengarahkan polis memfailkan tuduhan terhadap Pateria, lapor Sputnik, memetik laporan penyiar India NDTV.

Menurut ahli parlimen pembangkang itu, perkataan "membunuh" dalam ucapannya itu bermaksud "mengalahkan" dan beliau adalah pengikut ideologi Mahatma Gandhi yang menolak keganasan, dan baginya mengalahkan Modi dalam pilihan raya perlu untuk melindungi hak minoriti seperti yang dipetik dalam laporan itu.


INC, bagi pihaknya, mengecam kenyataan "tercela" Pateria itu, sambil menekankan perkataan sedemikian tidak wajar diucapkan terhadap sesiapa pun, termasuk perdana menteri.

 
Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo04 9-12-2024 07:57 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.155446 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top