Sadong Jaya: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut terkena renjatan elektrik ketika dipercayai mencuri wayar di tapak pencawang telekomunikasi Kampung Senangeh di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, Balai Polis Asajaya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mangsa di tapak pencawang telekomunikasi itu. "Kami menemui seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring di tepi pagar tapak pencawang itu. "Lelaki terbabit dipercayai cuba memotong wayar di kawasan tapak pencawang. Semakan mendapati, dia yang juga warga tempatan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah, curi dan dadah," katanya pada kenyataan hari ini.
Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). -CARI Sumber: Harian Metro
|
tripleid replied at 14-12-2022 02:43 PM
Hilang sorang sampah masyarakat
esbok replied at 14-12-2022 03:17 PM
dalam bebanyak benda, wayar letrik kau nak try
margo20 replied at 14-12-2022 03:24 PM
baru 18 tak sempat nak masuk kolej lg blaja pasal letrik
cattiecute replied at 14-12-2022 02:59 PM
confuse nak ucap alhamdulillah ke al fatihahspecies gini kalau hidup tah2 di tetaknya mak ayah adi ...
tripleid replied at 14-12-2022 02:43 PM
Hilang sorang sampah masyarakat
ADVERTISEMENT