CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orag Jepun Tak Minat Beranak- Kerajaan Nak Bagi RM16 Ribu Untuk Setiap Anak, Tapi Kos Bersalin Pun Lebih RM15 Ribu

14-12-2022 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1224| Komen: 13

TOKYO – Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun (MHLW) akan menawarkan imbuhan kewangan tambahan kepada ibu bapa yang melahirkan anak bagi mengatasi kadar kelahiran rendah dalam kalangan penduduk, lapor akhbar Japan Today semalam.


Sebelum ini, ibu bapa baharu di Jepun akan menerima Geran Bersalin dan Penjagaan Anak sebanyak 420,000 yen (RM13,517) selepas kelahiran anak mereka.

Bagaimanapun, kementerian tersebut merancang meningkatkan jumlah bantuan kepada 500,000 yen (RM16,091) semasa mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Fumio Kishida mengenai cadangan itu minggu lepas.


Foto: Pakutaso

Bantuan itu dijangka akan diluluskan dan berkuatkuasa untuk tahun fiskal 2023 yang bermula pada musim bunga. Geran itu dibiayai melalui sistem insurans perubatan awam Jepun.


Bagaimanapun, penambahan dalam bantuan itu didakwa tidak akan memberikan kesan yang jelas terhadap insentif tersebut ekoran baki wang yang dijangka tinggal selepas bersalin.

Menurut akhbar Maniachi Shimbun, purata kos untuk melahirkan seorang anak di seluruh Jepun adalah kira-kira 473,000 yen (RM15,222).

Walaupun kenaikan bayaran berlaku, ibu bapa akan melihat jumlah baki bantuan 30,000 yen (RM965) selepas mereka keluar dari hospital.

Mereka mendapati wang yang diberi tidak akan mampu menampung jumlah kos untuk membesarkan anak sehingga dewasa.

Isu utama dalam ketidakyakinan ibu bapa adalah keupayaan mereka untuk menampung dan mengekalkan kebahagiaan keluarga sambil mengimbangi kehidupan bekerja dan peribadi ketika anak membesar.

Kegusaran itu menjadi faktor kepada kadar kelahiran yang rendah termasuk perbelanjaan untuk melahirkan anak. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 14-12-2022 03:26 PM
kerajaan nak suruh orang beranak dia kena tanggung la anak tu
Quote rosedemon 14-12-2022 06:13 PM
tula diorg ni tak ada agama yg cakap anak itu rezeki. cuma macam melayu isley, beranak 10 rzeki tu pasti ada
Quote hasniey 14-12-2022 06:20 PM
Bntuan 16k,tp kos bersalin 15k.mahalnya gaya hidup kt sana
Kalau x kaya mmg takut nk beranak
Quote faraway1 14-12-2022 06:23 PM
Kasi percuma aje beranak lepas tu kasi 16 k, sure ramai berminat
Quote Adrif 14-12-2022 10:58 PM
juga dirujuk sebagai sindrom "Graying country"

di mana majoriti penduduk adalah orang tua, rambut beruban

Quote sharlenetexas 14-12-2022 11:09 PM
Lepas ni pupus bayi di jepun.


Quote VespaSilbe 14-12-2022 11:20 PM
Yg iols dgr Malaysian beranak sana pun dpt duit gak .. siap layanan VIP
Quote krustykrab 14-12-2022 11:22 PM
Import rohingya je la...msia pun blh tlg uruskan
Quote Sazreena 15-12-2022 09:53 AM
Mana maunya nak beranak banyak..kos tinggi..nak plak org jepun ni style keje dia tak mcm kita. Tengok je la papa nobita. Letih manjang balik umah. Papa Shin-can pun sama. Ni nasib la mama dorang housewife je.
Quote namr 15-12-2022 09:58 AM
kos besarkan anak tu mahal nak mampus
Quote epiquecity04 15-12-2022 10:14 AM
negara2 maju memang rata2 tak mau beranak..kalau ada pon 1-2 orang je. pastu komplen negara makin sesak dgn south asian. nasib la. jepun ni pelik, industri p0rn0 punya besar, pervert punya la bersepah. tapi main sendiri2. patut pon negara tak subur
Quote rosedemon 15-12-2022 10:24 AM
epiquecity04: negara2 maju memang rata2 tak mau beranak..kalau ada pon 1-2 orang je. pastu komplen negara makin sesak dgn south asian. nasib la. jepun ni pelik, ind ...


kihkih

Quote boo04 9-12-2024 07:58 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.419347 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top