Sebelum ini,tular aksi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bermain badminton yang dikatakan kekok ketika beraksi di gelanggang.
Baru-baru ini pula Syed Saddiq memuat naik satu video baharu, menyaksikan dirinya yang semakin hebat bermain badminton. Kali ini memang ada gaya beraksi di gelanggang! Kapsyen ringkas yang ditulis juga mencuri tumpuan seolah-olah meminta netizen untuk ‘melupakan’ video yang lama. "Please, gantikan video lama dengan yang ini." Di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju Syed Saddiq sudah ada perubahan berbanding sebelum ini.
Malah, warganet memuji ketangkasan Syed Saddiq menyerang pihak lawan secara bertubi-tubi. Selain itu, ada juga yang bergurau dengan mengatakan video lama masih jelas dalam ingatan selain sukar untuk dilupakan sehingga ada yang menyifatkan sebagai ‘highlight’ terbaik bagi tahun 2022. "Tak boleh lah YB, video lama tu masih jelas dalam ingatan. Apa-apa pun, nampak makin power YB main kali ini."-CARI |
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 02:09 PM
Hensemnya Syed Suck Dick ni, akak suka lelaki berdahi licin
Ikut pengalaman a ...
ADVERTISEMENT