Isu ‘cop parking’ di Malaysia memang tidak boleh disangkalkan terlalu banyak hingga menyebabkan pergaduhan di tengah-tengah jalan. Akta ‘cop parking’ juga telah dikeluarkan oleh rang undang-undang dan boleh diambil tindakan.
Sama juga isu yang dilalui oleh pelakon, Elvina Mohammad yang berhadapan dengan orang yang cop parking ini. Elvina memuat naik satu video yang dirakam olehnya yang memaparkan seorang wanita yang cop parking yang mengatakan dia sudah berada lama ditempat itu menyebabkan Elvina berbalah dengan perempuan tersebut. "Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!"
Rata-rata warganet tidak puas hati dengan gelagat perempuan itu kerana terang-terang cop parking ini sudah salah di sisi undang-undang malah tiada sikap bertimbang rasa dengan orang lain.
|
ADVERTISEMENT