Kasih sayang yang ditunjukkan penyampai radio Issey terhadap tiga anak tirinya sering mendapat pujian ramai meskipun mereka bukan anak kandungnya.
Issey atau Fazlisham Mat Hussin, 34, berkata, dia tidak pernah membezakan mereka malah memberi kasih sayang sama rata terhadap tiga anak tirinya iaitu Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah. Malah Issey menyifatkan kehadiran mereka dalam hidupnya sebagai anugerah dan rahmat yang tidak ternilai. "Saya tak pernah anggap mereka anak tiri, saya anggap macam darah daging sendiri. Mereka tiada bapa dan sayalah ayah mereka malah saya sentiasa ingatkan untuk doakan ayah kandung mereka.
"Kasih sayang pula saya bagi sama rata, memang tak ada beza langsung. Alhamdulillah ini anugerah Allah yang sangat saya syukuri," katanya kepada mStar. Untuk rekod, Issey mendirikan rumah tangga bersama Noor Aimi Jamel pada 22 Disember 2019 yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.
|
ADVERTISEMENT