CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Padan Dengan Janda! Rumah Ditinggalkan Penuh Dengan Tahi, Pintu Almari Tercabut, Siap Ugut Setiap Kali Minta Sewa

14-12-2022 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3118| Komen: 25

Kebaikan pasangan ini bagaikan dikhianati apabila penyewa tergamak meninggalkan rumah yang disewa mereka dalam keadaan kotor dan menjijikkan.

Disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu, ia sudah pasti menyusahkan tuan rumah serta penyewa lain yang bakal menyewa kelak.


Ujar wanita ini di TikTok, niat baiknya untuk memberikan kesenangan kepada penyewa nampaknya sia-sia.

Menurut pemilik rumah dua tingkat di Kluang, Johor ini, dia sanggup memasang awning serta tetapkan sewa bulanan serendah RM400 sebulan demi keselesaan penyewanya.


Foto: via mStar

Bagaimanapun, apabila bank menaikkan kadar faedah, jumlah sewaan juga terpaksa dinaikkan sebanyak RM50 demi kesan jangka panjang.


“Apabila sewakan rumah memang kita haraplah orang jaga rumah kita elok-elok.

“Kita fikir nak orang selesa, sebab tu pasangkan awning siap mozek dekat car porch dengan sewa sebulan RM400 sahaja. Mana nak dapat zaman ni?

“Kita nak orang tu selesa, minta sewa sebulan RM400 saja... apabila rate bank naik, barulah naikkan sewa RM450 sebulan,” ujarnya menerusi kapsyen video.


Foto: via mStar

Kata pemilik rumah yang menggelar keadaan kediaman ditinggalkan sebagai ‘rumah puaka, penyewa tersebut merupakan seorang wanita berstatus janda.

Lebih menyakitkan hati apabila wanita itu juga didakwa sentiasa culas untuk membayar sewa rumah sebelum meninggalkan premis itu selamanya.

“Sewa manjang (asyik) tunggak, tapi dia claim bayar terlebih. Apabila minta, banyak alasan siap ugut kita pula lagi.

“Tak padan dengan janda. Tinggalkan macam rumah puaka,” ujarnya lagi.

Berdasarkan video yang dikongsikan, keadaan rumah itu ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan.

Perabot yang tersedia di rumah dua tingkat itu juga rosak selain turut ‘menyimpan’ sisa najis haiwan dalam kabinet dapur.

"Sekali masuk bau kencing, bau taik bukan main kuat. Macam campur kencing tikus dan kucing," katanya sambil memaklumkan penyewa hanya meninggalkan kunci rumah di dalam peti surat kerana enggan bersemuka dengannya.

Hantaran dikongsikan wanita ini meraih lebih 1.4 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-ratanya terkejut dengan harga sewaan dikenakan kepada penyewa yang tidak reti bersyukur ini.

“Kenapalah tuan rumah yang baik-baik tak jumpa dengan penyewa baik. Kami ni kerosakan rumah pun kena tanggung sendiri. Patutnya tuan rumah.

“Sewa RM400 dua tingkat. Ada peralatan kemudahan lagi. Kau nak apa lagi jemah oi.

“Rumah dua tingkat RM450? Murah betul! Berapa ramai duduk dalam tu, hauk betul jadinya,” komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, terdapat netizen memberikan cadangan agar rumah sewa tersebut lebih baik dijadikan homestay sahaja. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 14-12-2022 11:16 AM
Ko spill je la nama penyewa tu
Biar bakal majikan,HR jmpe nama diorg bila gugel..so padan muka la depa tak dpt peluang kerja etc
Ni je cara nk mengajar org2 bangsat mcm ni
Quote cikatilia 14-12-2022 11:27 AM
byk la weh kes mcm ni
kat area umah aku pon ada... dia tinggalkan umah penuh sampah busuk
ada bela kucing bulu kembang
taik kucing mcm xpernah bercuci di biar stock berapa bulan dekat bilik belakang...

Quote sufi^_^ 14-12-2022 11:32 AM
Tak faham betul spesies pengotor cam ni, tak kira rumah sewa ke rumah sendiri. Nak bersih & kemas bukan susah & ambik masa pun, pokok pangkalnya jangan menyepah, tak delah semak berlumut.

Dorang ni masa kecik membesar dalam reban ke?
Quote dua_chzy 14-12-2022 11:35 AM
cmf_premierleag replied at 14-12-2022 03:16 AM
Ko spill je la nama penyewa tu
Biar bakal majikan,HR jmpe nama diorg bila gugel..so padan muka la de ...

Setuju. Biar gambar, segala nombor IC viral. Pehtu sebelum dia buat police report, ko pi buat dulu atas tuduhan merosakkan harta benda peribadi owner.
Quote dua_chzy 14-12-2022 11:36 AM
sufi^_^ replied at 14-12-2022 03:32 AM
Tak faham betul spesies pengotor cam ni, tak kira rumah sewa ke rumah sendiri. Nak bersih & kemas bu ...

Reban ayam kengkadang lagik kemas teratur jika owner pembersih.

Mungkin juga penyewa sebegini ada masalah mental.
Quote syamzana 14-12-2022 11:41 AM
mmg ramai peel naharomm gini. umah iols dulu siap muntah anak kot menjejes-jejes kat tgkap bilik.tgk kat sebalik tgkap tmpt letak ekon tu penuh dgn muntah habis kene compressor
kabinet habis runtuh, masa nak keluar rumah tak menyempat minta deposit. yg kami ni dok jauh minta tggu 2hari transfer duit utk kami check condition rumah pun siap maki2 kata kami lapar duit dia.
bila pergi check tu aihh umah serupa kandang jadinya. depo husband dah bagi balik, sakit betul hati.
ingatkan org yg sewa kondo ni peel semenggah sket rupanya mcm setannnn jugak
Quote JunkMail 14-12-2022 11:41 AM
Jap jap .. apa kaitan kepengotoran dgn janda?
Quote pasa 14-12-2022 11:47 AM
Edited by pasa at 14-12-2022 11:49 AM

tuan rumah pun mcm hanat gak naik kan sewa rumah RM 50 sbb alasan OPR naik ko dalam tenacy ada tulis mcm tu baru blh naik sewa. Dah tak ada tenancy ko buat mcm2 kat tenant ngok tu namanya dah tentu la penyewa bengang.
Quote cmf_premierleag 14-12-2022 11:49 AM
dua_chzy replied at 14-12-2022 11:35 AM
Setuju. Biar gambar, segala nombor IC viral. Pehtu sebelum dia buat police report, ko pi buat dulu ...

Iya..supaya bakal majikan tahu what kind of person yg akan kerja dgn diorg
Masa tu baru tahu langit tinggi ke rendah

Quote bellaa 14-12-2022 12:00 PM
syamzana replied at 14-12-2022 11:41 AM
mmg ramai peel naharomm gini. umah iols dulu siap muntah anak kot menjejes-jejes kat tgkap bilik.tgk ...

geli nya baca.
lain kali letak je dalam TA. wajib deduct rm300 utk cleaning fee bila pindah keluar nanti.


Quote HabukBesi 14-12-2022 12:34 PM
sewa dua tingkat RM450??

area lembah klang rate tu untuk bilik sewa je
Quote prettyuglybabe 14-12-2022 12:50 PM
syamzana replied at 14-12-2022 11:41 AM
mmg ramai peel naharomm gini. umah iols dulu siap muntah anak kot menjejes-jejes kat tgkap bilik.tgk ...

i punya penyewa dulu pun sama..
dia pindah sehari sebelum mco..
so confirm la i tak boleh nak gi check rumah semua..
bill api air pun tak keluar masa mco tu..
so i kata sabar la sikit..
macam la i hadap sangat deposit takat 2k tu..
pastu dah malas nak hadap i pulang je la..
dah la rumah i sliding door tak boleh tutup sebab railnya kopak....
pastu dia kata rumah lain pun sama..
apa yang rosak mesti dia kata rumah lain pun sama..
padahal depa yang perangai kingkong sampai kopak sana sini..
Quote fefeeling 14-12-2022 01:01 PM
Edited by fefeeling at 14-12-2022 01:04 PM

Dulu aku menyewa masa nak keluar, aku cat balik umah owner tu luar dalam.. panggil cleaners cuci semua.. mana2 lubang aku pnah drill sebab pasang kitchen cabinet & wall frames aku tampal balik elok2 mcm mana dia bagi aku duduk dr awal umah tu elok, so cara elok la aku handover balik kt dia.. owner aku dulu cina baik takde loghat2.. so org buat baik kt kita, kita pun buat baik la kat dia permudahkan aje hidup org tak rugi der..
Quote jas7512 14-12-2022 01:11 PM
I biasa x ambil blk deposit bila sewa rumah siap byr 1 bln sewa xtra...manalah tahu tuan rumah blm jumpa tenant baru dia pun mesti ada expenses nak kn byr..so far ok je i sewa rumah ni tapi klu i jd tuan punya rumah..i x bg tenant yg bela pet especially yg berbulu..btl kata chazey..patutnya yg bela pet mcm kucing ni org kaya2 aje..at least klu malas nak bersih ..blh upah org cuci..yg sengkek ckplah sekadar kau bg mkn kat kucing jalanan klu nak pahala..klu kau bela ku ing..tapi pengotor...menyakitkan hati jiran ke tn rumah..igt dpt pahala ke..silap2 masuk neraka sbb najis x bercuci..xde taharah..guana nak solat tu
Quote Kitty_catz 14-12-2022 01:11 PM
ni hagak2 set2 mandi telenje ke? sskjp??

set2 tu kebaragnkalian buat onar tu agak tinggi
Quote Hoshhi 14-12-2022 02:55 PM
Pengotor.....
Quote kitaserupaaa 14-12-2022 03:00 PM
HabukBesi replied at 14-12-2022 12:34 PM
sewa dua tingkat RM450??

area lembah klang rate tu untuk bilik sewa je

Bilik sewa medium or tengah rm450 kalau lokasi rumah sewa banyak fasiliti
Quote lattehazelnut 14-12-2022 03:02 PM
Better letak no pets allowed la kalau sewakan rumah korg
Quote azimodin 14-12-2022 03:11 PM
Pakcik aku pernah sewakan rumah dia kat 1 family ni. Dia x balik tengok sebab jauh & percaya yg penyewa "berkeluarga" ni pandai jaga rumah. Bila penyewa dia x bayar sewa & x dapat dihubungi, dia balik tengok rumah. Sliding door tanggal, pintu hilang, countertop pecah, dinding siap ada kesan kecing, lantai kawah bulan, dinding berlubang macam kena gali dengan wombat.. dah macam war zone rumah tu. Mula2 dia ingat nak repair. Lepas buat kira-kira, dia jual je kat anak buah. Yg membeli spend dekat 10k nak bagi nampak livable, tu pon banyak dia diy je

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066895 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top