CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Henti Buang Sisa Makan, Minyak Ke Singki Atau Longkang

14-12-2022 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3351| Komen: 38

Sisa buangan lemak, minyak dan gris (LMG) merupakan antara cabaran utama bagi sistem pembetungan di Malaysia. 

LMG yang juga dikenali sebagai Fat, Oil & Grease (FOG) adalah air kumbahan bukan najis atau grey water terhasil daripada kegiatan memasak seperti sisa makanan, lemak daging, lemak binatang, minyak masak, mentega, marjerin, sos, kuah, makanan bergoreng, keju dan sebagainya.


Tabiat membuang sisa LMG sama ada secara sengaja atau tidak ke singki yang mengalir masuk ke paip sanitari seterusnya memasuki paip pembetungan atau ada yang menyalurkan terus ke longkang boleh menyebabkan saluran kumbahan tersumbat.


Sisa minyak dan lemak yang terkumpul di dalam lurang kumbahan.

Amalan baik yang perlu dilakukan adalah dengan meletakkan sisa LMG ke dalam bekas berasingan dan dikumpulkan sebelum dibuang dengan cara yang betul.

Minyak masak atau lebihan lemak jika dibuang terus ke dalam singki akan menyebabkan saluran kumbahan tersumbat kerana lebihan minyak dan lemak itu akan mengeras dan akan menyumbang kepada masalah sanitasi dan paip pembetungan tersumbat.

Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku, amalan pelupusan yang betul haruslah dilakukan setia masa. Kita boleh mencontohi budaya masyarakat negara Jepun yang membersihkan sisa minyak dengan menggunakan kain atau tisu.

Mereka mengasingkan dahulu sisa terebut sebelum dilupuskan. Amalan sebegini boleh menjadikan longkang, parit dan sungai bersih serta tidak berbau, malah dapat mengurangkan bebanan loji rawatan kumbahan dalam merawat sisa LMG.

Bagi air kumbahan bukan najis yang berpunca daripada restoran atau industri, pengusaha di premis berkenaan hendaklah memasang sistem perangkap minyak atau grease interceptor yang betul.

Perangkap minyak ini pula perlu diselenggarakan secara berkala oleh pemilik perniagaan makanan dan mendapatkan perkhidmatan menyedut atau membersihkan FOG yang terkumpul dalam sistem perangkap masing-masing.


Bongkah seperti batu ini adalah sisa lemak dan minyak yang telah mengeras.

Pengurusan LMG yang baik dapat menyingkirkan risiko pengaliran LMG ke perairan atau paip pembetungan, sekali gus dapat memelihara kelestarian alam sekitar.

Menurut Ketua Unit Perniagaan Nyahenap Cemar Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, Pauzi Mohamed, apa yang kerap berlaku adalah sikap sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah atau tidak endah dengan kepentingan dan keperluan untuk menyelenggara sistem perangkap minyak ini.

“Apabila LMG mengalir atau memasuki ke dalam paip pembetungan, lama kelamaan ia akan mengeras seperti batu dan seterusnya akan menyekat aliran air sisa kumbahan.

“Apabila ini berlaku, pastinya keadaan ini akan menyusahkan orang ramai kerana jika lurang pembetungan tersekat, air kumbahan akan melimpah sehingga menyebabkan kacau ganggu dan mencemarkan alam sekitar kita,” kata Pauzi.

Menurutnya, pengusaha premis makanan tidak hanya sekadar memasang perangkap minyak, tetapi mereka hendaklah menjalankan tanggungjawab untuk menyelenggara dengan membersihkan dan mengosongkan sisa LMG itu secara berjadual.

Ujarnya, mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa IWK ada menyediakan perkhidmatan pembersihan dan pengosongan sisa LMG.

“IWK sentiasa memastikan sisa LMG ini dirawat, diproses dan dilupuskan dengan kaedah yang lebih selamat,” katanya.

LMG telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang menyebabkan paip pembetungan tersumbat dan pencemaran air.

LMG adalah sisa yang mampu mengakibatkan paip pembetungan tersumbat dan menyebabkan air sisa melimpah keluar ke permukaan tanah, ke dalam bangunan, perairan dan sungai.

Sebagai syarikat pembetungan nasional yang mementingkan kelestarian alam sekitar, IWK sentiasa memastikan air kumbahan diproses dengan cara betul dan menepati piawaian ditetapkan pihak berkuasa.

Bagi pemilik premis makanan yang ingin mendapatkan perkhidmatan pengosongan sisa LMG daripada IWK, boleh hubungi pejabat operasi IWK atau layari laman sesawang www.iwk.com.my.

 
Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 14-12-2022 11:11 AM
Pi habag kt peniaga tepi jalan
Quote manehnya 14-12-2022 11:15 AM
krustykrab replied at 14-12-2022 11:11 AM
Pi habag kt peniaga tepi jalan

kan ka?

yg kilang pnya waste mcm mana? penternakan babi pnya waste lg terok x bising lak
Quote bunnyj3lly 14-12-2022 11:15 AM
krustykrab: Pi habag kt peniaga tepi jalan


Betui.. dah la ramai meniaga lesen terbang lepaih tu bok je minyak goreng gorengan ke dalam longkang. Sukati kau aje kan..

Quote krustykrab 14-12-2022 11:17 AM
manehnya replied at 14-12-2022 11:15 AM
kan ka?

yg kilang pnya waste mcm mana? penternakan babi pnya waste lg terok x bising lak

Sama la..cuma iols tak teringat masa tulis tadi...
Quote paz 14-12-2022 11:18 AM
Minyak ni kena baung properly, kalau tak banyak masalah sinki, pipe and longkang.

Paz sendiri susah nak educate family bab ni.
Quote ninja boy 14-12-2022 11:18 AM
Minyak masak terpakai boleh jual balik
Quote Themilo 14-12-2022 11:20 AM
sedangkan nak asingkan botol plastik dari beg sampah pun susah. Bila pihak majlis buat penguatkuasaan & belek beg sampah dari rumah ke rumah, netizen cakap macam dah tak ada kerja lain nak buat.

Mentaliti rakyat ni susah nak ubah, lagi kau nak harap diorang kumpul minyak masak terpakai?
Quote mejaputih 14-12-2022 11:23 AM
Kalau lalu belakang restoren teruk sgt dorg buang air minyak atas jalan..sampai jalan tu jadi berlubang2 dah..
Kat tmpt iols ni ada flea merket..teruk dh keadaan kotor dgn minyak2...dulu2 sblm ada flea market elok je situ jd tmpt parking dan bersih.
Quote VespaSilbe 14-12-2022 11:34 AM
Juai le balik.. dapat RM 1.50 / liter kut daripada buang gitu..
Quote airfilterkotor 14-12-2022 11:36 AM
Yang renovate dapour umah extend sampai longkang belakang tu sama jugak la.

Bila sinki dah alih ke tempat paling hujung, waste pipe sinki teruih direct pi masuk longkang.
Punca longkang belakang umah bau busyuk, mende-mende cenggini ler.
Cer angpa somoa tengok dapur memasing. (sapa yang extend sampai belakang)
Kalau takde, boleh pasang grease trap... ada di jual berasingan.

Longkang perimeter (keliling umah) khusus untuk air hujan semata-mata.
Bukan untuk air kotor dan sisa makanan dari sinki.

Kalau F&B dalam megapura, dari sinki pegi grease trap, masuk ke waste pipe dan seterusnya ke manhole (kumbahan).
Kalau kedai atau waroeng tepi jalan, curah masuk longkang paling effisyen.

Bila tiba musim ujan/banjir... semua benda terapung.
Dan kita hepi-hepi bagi anak main air banjir siap ada pelampung bagai.

Quote airfilterkotor 14-12-2022 11:39 AM
Banjir dalam kampoeng okay lagi ayer dia.
Air lumpuor, air bangkai, air sungai, air pokok, air tanah dan sebagainya.

Kalau banjir bandar, macam-macam barang ada.
Quote cattiecute 14-12-2022 11:43 AM
paz replied at 14-12-2022 11:18 AM
Minyak ni kena baung properly, kalau tak banyak masalah sinki, pipe and longkang.

Paz sendiri susah ...

kat rumah iols selalu beli yang serbuk kat daiso tu je
dia bekukan minyak kita dan buang.
dulu ingat nak collect minyak dan jual tapi itu la macam lambert sangat nak 1kg pun.
terus beli serbuk daiso tu.
tong sampah pun iols asingkan plastik dan bahan basah.
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2022 11:43 AM
Tak percayalah akak minyak boleh jadi batu, tu taik orang tu
Quote krustykrab 14-12-2022 11:51 AM
Themilo replied at 14-12-2022 11:20 AM
sedangkan nak asingkan botol plastik dari beg sampah pun susah. Bila pihak majlis buat penguatkuasaa ...

Dulu aku asingkan...memula diorg kutip...lamaaaa tu diorg tak mau kutip beg yg aku boh botol² plastik, botol kaca, tin, sampah daun² kering...aku nyampah, aku campur semua sekali boh dlm tong besar...haa kutip pulak kan bila ko tak nmpk ????
Quote krustykrab 14-12-2022 11:53 AM
cattiecute replied at 14-12-2022 11:43 AM
kat rumah iols selalu beli yang serbuk kat daiso tu je
dia bekukan minyak kita dan buang.
dulu ing ...

Iols skrg ni minimizekn penggunaan minyak dan cuba guna semula ..cth kalau goreng kopok, minyak tu iol simpan dulu then buat la grg nasi, mi, mihun etc. Mmg tak de pembaziran dah skg ni sejak rege minyak botol mencekik
Quote dua_chzy 14-12-2022 12:11 PM
Teringat lak kat China meka pi extract minyak macam dalam gambar tu dari longkang pehtu jual semula sebagai minyak masak.
Quote azimodin 14-12-2022 12:27 PM
Satu tips kalau korang nak "bersihkan" minyak goreng berkeladak sebelum jual as minyak terpakai - letak tisu dapur (aku suggest vinda sebab x cepat koyak) dalam corong sebagai penapis. Nanti sisa2 gorengan akan melekat kat tissue & boleh la buang dalam tong sampah. Minyak terpakai tu jual je la, boleh buat duit jajan.

Bercakap pasal recycle ni, baru ni aku ikat kotak2 yg ada kat rumah & letak luar rumah pada hari yg lori recycle datang. Tapi dorang x ambik pon. Aku tanya la jiran2 aku kenapa agaknya pekerja tu x ambik. Rupanya sebab aku x masuk kotak tu dalam plastik sampah. Pelik betul, bukan ke kita nak kurangkan penggunaan plastik?
Quote cattiecute 14-12-2022 01:08 PM
krustykrab replied at 14-12-2022 11:53 AM
Iols skrg ni minimizekn penggunaan minyak dan cuba guna semula ..cth kalau goreng kopok, minyak tu ...

betul la tu, pastu letak minyak pun sikit2 je
disamping minyak mahal pastu taknak makanan berminyak sangat
goreng ikan/ayam pun kena 3 kali lepas tu tukar.
saki baki goreng ayam ke boleh guna goreng2 benda lain juga
Quote tripleid 14-12-2022 01:13 PM
kakikuDibibirmu replied at 14-12-2022 11:43 AM
Tak percayalah akak minyak boleh jadi batu, tu taik orang tu

mmg ada sis..fatberg nama dia (mcm iceberg jugak tapi yg ni lemak bukan air batu)

https://en.wikipedia.org/wiki/Fatberg

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.041151 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top