Program realiti The Masked Singer Malaysia (TMSMY) bakal menyaksikan penglibatan seramai lapan orang personaliti yang menduduki kerusi juri tetap termasuk tujuh muka baharu.
Paling menarik, bekas hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) iaitu Elly Mazlein turut diumumkan sebagai salah seorang juri tetap menggamatkan pentas tersebut dengan keletahnya yang akan membuatkan penonton tak kering gusi. Ketua Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd Salleh berkata, pemilihan juri musim ketiga ini merupakan kombinasi penuh dengan elemen lucu dan lebih menghiburkan. "Kombinasi kali ini memang sedikit berbeza kerana kami tampilkan elemen lucu dan komedi daripada barisan juri tetap itu sendiri.
"Rasanya sesuai dengan kehendak penonton sekarang yang mana mereka inginkan setiap pertandingan perlu ada elemen komedi," katanya. Selain Elly, tujuh muka baharu juri tetap TMSMY adalah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib, Emma Maembong, Didie Alias dan Atu Zero. Manakala ratu rock negara, Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri tetap untuk tiga musim berturut-turut. Datuk AC Mizal pula bertindak sebagai hos program realiti tersebut. Dalam pada itu, Norzeha memberitahu TMSMY musim kali ini bakal membuka tirai dengan kehadiran 15 orang selebriti terkemuka yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan dan pempengaruh media sosial. Musim kali ini juga bakal memperkenalkan 15 kostum menarik dan unik yang akan disarungkan peserta iaitu Mawar Berduri, Kurita, Si Tangkis, Betta Fish dan Lollipop. Tidak ketinggalan Bertih Jagung, Zirafah, Abang Burger, Mr Parrot, Manggis, Pizza Panas, Brokoli, Nyoq Muda, Dewi Angsa dan Si Mawas. Sementara itu, Norzeha memaklumkan TMSMY masih mengekalkan formal asal program realiti dari Korea Selatan iaitu The King of Masked Singer yang cukup popular di negara berkenaan. Untuk rekod, musim pertama TMSMY menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul muncul sebagai juara dengan kostum Bunga Raya. Manakala, penyanyi Shila Amzah pula merangkul kejuaraan musim kedua dengan kostum Rambutan. TMSMY akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam bermula 23 Disember 2022 di saluran Astro Warna HD, selain boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand. -CARI Sumber: mStar Online
|
prince_marhaen replied at 14-12-2022 12:34 PM
meols dah pergi shooting program ni..... jul lipin so boring ye... siap buat muka bosan lagi.. time ...
prince_marhaen replied at 14-12-2022 12:34 PM
meols dah pergi shooting program ni..... jul lipin so boring ye... siap buat muka bosan lagi.. time ...
prince_marhaen replied at 14-12-2022 12:34 PM
meols dah pergi shooting program ni..... jul lipin so boring ye... siap buat muka bosan lagi.. time ...
kakigojes replied at 14-12-2022 01:03 PM
Sebab you cakap hujung sekali, I teringat masa first episod ada this mamat Chinese. I tak ingat na ...
dudaberhias replied at 14-12-2022 01:03 PM
yihhhh! tu pun masih ada manusia sanggup kutip peti ais ni jadi juri? choiii kalau iols lah ...
prince_marhaen replied at 14-12-2022 01:29 PM
persembahan tumbuk sambal ke chuols...
kakigojes replied at 14-12-2022 01:31 PM
Hahahaha bukan… but he mmg komen ada perkataan sambal.. kalau I rajin, I pi tengok balik astro go ...
rarageng replied at 14-12-2022 03:40 PM
ini prog yg 50 juri tu ke...alahhh lupe plak prog apa...yg syafinaz jd kapten...sorry lupe sungguh ...
adeqbun replied at 14-12-2022 03:44 PM
another stupid program..asik2 nyantyi je..pusing2 org sama menang...buat masterchep la weyyyy
ADVERTISEMENT