CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dr Syed Aliff Fauzan Makin Glamour Selepas Selalu Live Dengan Sajat, Ramai Minat Sebab Kacak Tapi Dah Berkahwin

14-12-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2810| Komen: 18

Gara-gara sering membuat sesi siaran langsung di TikTok bersama ahli perniagaan Nur Sajat, Dr Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad, 28, mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen.


Memiliki rupa paras kacak, ramai beranggapan doktor yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Ujong Pasir, Melaka itu adalah 'buah hati' baharu Sajat.

Menurutnya, setiap kali membuat sesi siaran langsung termasuk di ruangan komen video yang dimuat naik, dia dihujani dengan soalan 'nakal' itu.




"Saya tak boleh elak mulut orang nak bercakap. Saya baca komen 'nakal' dan spekulasi macam tu. Cuma, ingin dijelaskan saya bukan seperti yang mereka perkatakan. Saya sudah berkahwin dan tahu menjaga batas dengan orang lain. Jadi, apabila timbul spekulasi ini, tak ada masalah untuk saya.


"Saya buat tak tahu saja. Siapa kenal saya, mereka tahu saya dah berkahwin. Kebanyakan yang bertanya ini dalam kalangan peminat dan pengikut Sajat. Saya jawab macam biasa saja, tak melenting pun.

"Kami tak pernah berjumpa pun, kenal dan berhubung di TikTok saja. Tidak dinafikan, setiap kali saya buat sesi siaran langsung, memang dapat perhatian lebih. Orang akan tegur 'inilah doktor yang buat 'live' dengan Sajat. Tak terkejut, cuma saya nak orang tahu, saya bukan artis pun, saya orang biasa saja," katanya.

Menurutnya, kemunculan Sajat pada sesi siaran langsung itu lebih kepada perkongsian mengenai kesihatan.

"Sebelum ini saya memang selalu buat siaran langsung dan buat video soal jawab mengenai penyakit dan kesihatan. Jadi, ada sekali tu, Sajat nak turut serta dan bertanya soalan. Selepas beberapa kali bersiaran langsung bersama, barulah kami saling mengikuti. Malah, pernah sekali masa Sajat buat siaran langsung, saya pula masuk.

"Selain dari soalan mengenai penyakit, ramai juga bertanya mengenai peribadi saya. Mereka tanya bekerja di mana, solo atau tak dan banyak lagi. Apa pun, saya nak berterima kasih juga pada Sajat, sebab selepas itu jumlah yang menonton dan 'likes' video saya bertambah. Apa yang bagusnya juga, ramai lagi menonton, turut serta dan bertanya soalan sewaktu saya buat siaran langsung. Jadi, saya boleh buat penerangan lebih lagi mengenai kesihatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 14-12-2022 11:00 AM
Tu hansem? Okay next
Mcm Cikgu Namie je aku tengok
Quote laksmanabentan 14-12-2022 12:04 PM
hahahahaa.....
Quote Pujangga22 14-12-2022 12:37 PM
hensem celah mn ni...biasa2 jer pun
Quote prince_marhaen 14-12-2022 12:38 PM
..Saya baca komen 'nakal' dan spekulasi macam tu. Cuma, ingin dijelaskan saya bukan seperti yang mereka perkatakan. Saya sudah berkahwin dan tahu menjaga batas dengan orang lain. Jadi, apabila timbul spekulasi ini, tak ada masalah untuk saya.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA....dah kahwin ye? so? yang banyak skendel pun orang dah kawin jek selalunya.. live sama...pastu meet up.. pastu whatsap2.. gittew.. alahh dik...better senyap je nok..lagi kau defensive, lagi respon menjawab lagi terserlah kenonokan dik..
Quote bulalof 14-12-2022 12:40 PM
kemungkinan besar bisexual juga.
Quote EraPajura 14-12-2022 01:07 PM
Bangla keje construction diorang kate hensem sah buta!
Quote GegarVaganja 14-12-2022 01:10 PM
Rendahnya tahap hensem di mata orang yang komen tu.

Quote MoonRise 14-12-2022 02:20 PM
Hensem sebab dia keja doktor. Hensem tang situ ajo la
Quote akuMNdia 14-12-2022 02:35 PM
tang mana yg hensem??
Quote fefeeling 14-12-2022 03:18 PM
Tepuk sebelah tangan mana mungkin berbunyi dikk
Quote Orix 14-12-2022 03:24 PM
MoonRise replied at 14-12-2022 02:20 PM
Hensem sebab dia keja doktor. Hensem tang situ ajo la

hahaha betul. cuba dia posmen, hader org nk ckap dia hensem dgan rupa sebegitu?
Quote MoonRise 14-12-2022 04:12 PM
Orix replied at 14-12-2022 03:24 PM
hahaha betul. cuba dia posmen, hader org nk ckap dia hensem dgan rupa sebegitu?

Itu la. Yang komen mana hensemnya patut tengok yang tersirat.

Tak hensem takpe, janji kaya.

Tapi kaya ke
Quote TomyamPuteh 14-12-2022 04:17 PM
Kalau dh hensem, keja tukang panjat pokok nyoq pun tetap hensem.
Quote orkidorkido 14-12-2022 09:21 PM
Kalau bukan doktor
Tak laku muka bangla macam ni
Quote nakkomenjugak 14-12-2022 09:26 PM
itu hensem?
sabar..sabar...
nak shaming kang kena potong nuts
Quote rosedemon 15-12-2022 11:10 AM
muntah aku ni ke standard kacak org mlaysia.
Quote marchikobonzo 15-12-2022 02:58 PM
Benda macam ni pun boleh jadi gosip ke nok?
Quote Goodluckdontcry 16-12-2022 12:11 AM
Edited by Goodluckdontcry at 16-12-2022 12:14 AM

Den dh kata.. standard cantik tuk pompuan diMsia..kene ada ala2 paki sbb tu jah rider dipuji konon cantik...mmmm cantik ke cantaik dik???

Klu kategori lelaki hensem plak, kene ada iras
Abangla..sbb tu remy sehak deris apetah..pun blh glamour...sedih betul standard kecantikan diMsia ni ye...below par..low taste...low level...

Lain kali miss universe/word, amikla rohingya wakil Msia... kehkehkeh

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.178765 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top